Sharnaaz Ahmad enggan menceraikan isterinya Noor Nabila kerana mahu menyelamatkan rumah tangga mereka yang dibina selama dua tahun.

Umum mengetahui kemelut rumah tangga pasangan ini masih tiada kesudahan apabila Sharnaaz Ahmad enggan mencer4ikan isterinya Noor Nabila kerana mahu menyelamatkan rumah tangga mereka yang dibina selama dua tahun.

Bagaimanapun, Nabila mendedahkan tiada sebarang usaha berdamai dilakukan suaminya sepanjang setahun mereka tinggal berasingan. Kata Nabila lagi, dia sudah tawar hati dan sepatutnya proses percer4ian boleh selesai dengan cepat.

“Proses percer4ian ini sudah berlangsung hampir setahun, saya tak nampak usaha Sharnaaz untuk berdamai. Saya sendiri tak nak teruskan.

“Sepatutnya perkara ini boleh dipercepatkan sekiranya Sharnaaz melafazkan cer4i tapi disebabkan proses ini masih berlangsung, percer4ian tidak dapat diteruskan.

“Seharusnya, kedua-dua belah pihak boleh faham yang kita boleh ‘move on’ meneruskan hidup masing-masing dan memberikan fokus kepada anak.

“Sharnaaz mempunyai kehidupan sendiri, saya juga sama. Saya sudah tawar hati, ada baiknya jika perkara ini tidak dipanjangkan dan kita berikan tumpuan untuk membesarkan anak tanpa sebarang rasa yang tersimpan,” katanya kepada Astro Gempak.

Difahamkan, pasangan itu hari ini hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan untuk proses prosiding perceraian mereka.

Sementara itu, Sharnaaz yang ditemui di luar kompleks mahkamah enggan memberikan sebarang komen lanjut.

Mahkamah menetapkan 27 Februari 2020 untuk melantik hakam yang baru yang mempunyai kuasa untuk melafazkan cerai bagi pihak suami.

Tiada Ruang Berdamai, Kes Sharnaaz & Noor Nabila Berlanjutan

Nampaknya, kemelut rumah tangga Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila masih tiada kesudahan lagi apabila Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutan, Kuala Lumpur menetapkan tarikh 4 Disember ini untuk melantik wakil dalam proses timbang tara (hakam).

Hakim Syarie Ahmad Muttaqi Ismail menetapkan tarikh itu selepas kedua-dua pihak gagal mencapai jalan penyelesaian bagi masalah mereka dalam Jawatankuasa Pendamaian (JKP) yang dilantik sebelum ini.

Hakam adalah proses diperuntukkan mengikut Seksyen 47 (14) dan Seksyen 48 Aktara Undang-Undang Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan) 1984 dimana mahkamah mempunyai kuasa melantik dari kalangan saudara-mara terdekat kedua-dua pihak yang mempunyai maklumat mengenai isu rumah tangga Sharnaaz dan Nabila.

Sementara itu, peguam yang mewaikili Sharnaaz memberitahu pihaknya sedang mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan segala masalah agar masing-masing dapat hidup aman damai.

“Keputusan hari ini, mahkamah menetapkan pelantikan hakam bagi menyelesaikan semua isu dan mencari jalan terbaik. Kita ada peruntukan undang-undang untuk merujuk kes ini ke hakam pula.

“Dua-dua pihak ada alasan masing-masing dan kalau tiada penyelesaian mereka ada hak untuk bawa ke peringkat seterusnya iaitu hakam,” katanya.

Terdahulu, Nabila menfailkan perceraian terhadap Sharnaaz Ahmad pada 27 Ogos lalu. Namun, Sharnaaz menolak dan tidak bersetuju dengan tuntutan cerai isterinya kerana ingin menyelamatkan rumah tangga mereka yang dibina sejak dua tahun lalu.

Be the first to comment on "Sharnaaz Ahmad enggan menceraikan isterinya Noor Nabila kerana mahu menyelamatkan rumah tangga mereka yang dibina selama dua tahun."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*