Sissy Imann Cerita Apa Yang Dia Nampak Sebelum Ayie Rebah

Penyanyi Sissy Imann menceritakan detik sebelum vokalis kumpulan Floor 88, Ayie tiba-tiba rebah dan p1itam atas pentas sewaktu mengadakan persembahan di Konsert Gempak Negeri.fm baru-baru ini.

Sissy berkongsi perkara itu menerusi posting ruangan Insta Story di akaun Instagram (IG)nya semalam.

Menurut Sissy, sikap Ayie yang begitu berdedikasi ketika membuat persembahan membuatkan ramai yang tidak perasan penyanyi itu kurang si1hat.

“Even sebelum dia naik pentas semalam saya nampak dia dok picit kepala semua tapi bila naik pentas dia henjut macam tak ada apa-apa.

“Itulah tugas penghibur. Tapi benda dah nak jadi. Buat persembahan kan pakai banyak tenaga. Ada masa rehat @ayieelhamf88. Lama nak pakai badan dan suara tu. Jaga diri,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ayie juga membalas IG Story Sissy dengan mengucapkan terima kasih atas ucapan dan juga nasihat yang diberikan.

Selain Sissy, artis yang turut mengadakan persembahan adalah Ara Johari, Waty, Nen Tebabo dan Syafiq Azrul Zafri.

Terdahulu, Ayie yang tiba-tiba r3bah dan p1itam ketika membuat persembahan mencetuskan rasa pani1k di kalangan peminatnya.

 

“Kepala Tiba-Tiba Jadi Sak1it Dan Suara Agak Serak…,” – Ayie Floor88 Cerita Detik R3bah Masa Live Show

Kejadian berlaku ketika Floor 88 mengadakan persembahan di Konsert Gempak Negeri.fm sempena meraikan Hari Keputeraan Ke-72 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di padang awam Seri Menanti, Kuala Pilah.

Vokalis kumpulan Floor88, Ayie atau nama sebenarnya, Nik Fadlee Elhamshah ada menjelaskan mengenai status kesi1hatannya yang terkini selepas dirakam r3bah ketika sedang membuat persembahan pentas di Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Maklumnya seperti yang dipetik menerusi Instagram era.je, kepalanya sudah rasa sak1it-sak1it sebelum menjelang malam persembahan.

“Semakin stabil alhamdulillah. Saya punya saki1t semalam tak teruk sangat sebab pitam sekejap sahaja. Kemudian saya telah kembali stabil, terima kasih yang mendoakan kesi1hatan saya dan doakan suara saya kembali pulih.

“Sebelum buat persembahan, kepala saya sudah sak1it. Pada hari kejadian itu, kami dari Kuala Lumpur ke lokasi persembahan dan bila sampai kami ada lakukan sound check. Ketika itu saya punya rasa tak yakin itu sudah ada, malam nanti tak berkeyakinan untuk buat persembahan.


“Ahli kumpulan lain minta saya berdoa dan banyakkan minum air. Apabila malam persembahan, kepala saya tiba-tiba jadi sakit dan suara saya pun agak serak sedikit. Bila persembahan, saya cuba untuk ‘push’, dengan keadaan sekeliling. Bila saya ‘push’ terlalu banyak, ia menyebabkan saya r3bah.

“Tak p3ngsan cuma pi1tam sekejap, alhamdulillah ia kembali stabil… Tak lama pun masa tu, sekejap sahaja,” katanya.

Terdahulu memetik Awani, pengurus band berkenaan, Luqman Hakim seperti yang dipetik berkata, bintang muda itu berada dalam keadaan stabil dan tiada sebarang perkara yang membi1mbangkan terjadi pada artis berkenaan susulan insiden itu.

Tambahnya lagi, sebaik rebah dan p3ngsan ketika menyampaikan lagu kedua, Ayie diberi bantuan dan ditenangkan oleh anggota Floor88 yang lain serta penganjur persembahan. Ins1iden itu berlaku kerana Ayie alami keleti1han.

Selain Ayie, Floor88 turut dianggotai oleh Achoi, Falique, Eric Fuzi, Akram dan Amir.

Sumber : Musamviral.com

Be the first to comment on "Sissy Imann Cerita Apa Yang Dia Nampak Sebelum Ayie Rebah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*