Ini Punca Sebenar Puteri Balqis Tarik diri pada saat akhir berlakon

PELAKON kanak-kanak, Puteri Balqis Azizi, 13, menarik diri pada saat akhir daripada terbabit dalam telefilem berjudul Tiada Galang Ganti terbitan syarikat produksi, A Aida Production Sdn Bhd.

Perkara itu dimaklumkan ibunya, Norashikin Mohd Aziz kepada Pengurus Produksi syarikat itu pagi hari ini.

Penerbit, Datuk A Aida berkata, dia terkejut dengan keputusan itu kerana pihaknya akan memulakan penggambaran esok.

“Ikut jadual esok mereka akan menjalani penggambaran telefilem ini. Tak sangka pula dia tarik diri saat akhir,” katanya.

Aida berkata, apabila Penolong Pengarah menghubungi kembali bagi mengetahui sebabnya, mesej itu tidak dibalas.

“Saya pun tidak tahu masalah sebenar mereka. Namun, inilah cabaran yang diterima syarikat produksi apabila ada pelakon tarik diri di saat-saat akhir dan kita terpaksa mencari pengganti pula,” katanya.

Sebelum ini  Puteri Balqis ada meluahkan rasa k3sal dengan kenyataan aktres Nabila Huda apabila mempersoalkan tanggungjawab ibunya Norashikin Mohd Aziz yang membiarkan remaja itu menjual buku di jalanan.

Tak Mahu Berlakon

Dalam pada itu, Puteri Balqis turut menafikan dakwaan ibunya seorang penag1h dad4h seperti yang dilemparkan seorang individu dipercayai ahli keluarga mereka sendiri.

Katanya, ibunya kurus berikutan tidak cukup tidur dan mengalami tek4nan perasaan berikutan berdepan pelbagai mas4lah hidup.

“Puteri tahu apa itu dad4h. Kadang-kadang waktu kami berjalan pada awal pagi, kami sering dit4han polis tapi ibu dilepaskan kerana tidak mengambil d4dah.

“Fizikal ibu kurvs kerana tidak makan, tidak cukup tidur dan depress1on. Sewaktu Puteri sak1t ibu tidak tidur kerana takvt Puteri sak1t ketika tidur,” ujarnya.

Sementara itu Puteri berkata, dia juga tidak mahu berada dalam industri seni dan berasa lebih tenang tanpa berdepan dengan golongan tersebut.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Puteri Balqis bakal terbabit dalam telefilem Tiada Galang Ganti terbitan Aida untuk tayangan slot Cerekarama di TV3.

Puteri Balqis bakal membintangi telefilem terbitan A Aida Production iaitu Tiada Galang Ganti bagi tayangan slot Cerekarama di TV3.

Terdahulu, kisah hidup pemegang trofi Pelakon Wanita Terbaik Asia 2014 di Anugerah Televisyen Asia itu bersama ibunya, mendapat perhatian apabila kisah mereka disiarkan dalam Bersamamu di TV3, Ahad lalu.

Berikutan kesempitan hidup, mereka mulai menjual buku puisi nukilan Balqis, 38 Poems Of Puteri Balqis.

Be the first to comment on "Ini Punca Sebenar Puteri Balqis Tarik diri pada saat akhir berlakon"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*