Minum Air Oren Miliknya, Pekerja Kilang Tikam Rakan Semasa Berbuka Puasa..

Seorang lelaki warga Bangladesh maut ditikam rakan sekerjanya ketika berbuka puasa di asrama pekerja sebuah kilang di Seksyen 36, Shah Alam, Selangor.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan jam 7.20 malam pada Selasa.

“Hasil siasatan mendapati mangsa berusia 49 tahun dan bekerja sebagai pekerja am manakala suspek merupakan warga Pakistan yang juga bekerja dan tinggal bersama mangsa di dalam kontena yang dijadikan asrama.

“Kejadian berpunca apabila suspek marah setelah mangsa meminum air orennya semasa berbuka puasa.

“Suspek bertindak menikam mangsa beberapa kali dengan menggunakan sebilah pisau yang diambil daripada dapur,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Sehubungan itu, Mohd Iqbal berkata, tangkapan telah dibuat ke atas suspek yang berusia 51 tahun di tempat kejadian.

“Turut dirampas pisau yang digunakan oleh suspek untuk menikam mangsa.

“Suspek akan direman pada Rabu jam 9 pagi di Makamah Shah Alam,” ujarnya.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Awani

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : Sinar Harian

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Minum Air Oren Miliknya, Pekerja Kilang Tikam Rakan Semasa Berbuka Puasa.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*