Alat Memasak ‘steamboat’ Meletup, Tujuh Beranak Cedera.

TEMERLOH – Makan malam tujuh beranak bertukar tragedi apabila dapur gas mudah alih untuk memasak ‘steamboat’ meletup dalam kejadian di sebuah restoran di sini pada 9 Mac lalu.

Mangsa, Noraini Abdullah, 53, berkata, kejadian jam 7 petang itu berlaku sekelip mata ketika dia bersama suaminya, Ayob Harun, 59, dan empat anaknya, Fatin Nabilah, 29, Arif Fauzan, 26, Arif Fahmi, 23, Arif Fahin, 21 serta menantunya iaitu suami kepada Fatin, Azrul Fazrin Asri, 28, sedang menjamu selera.

Menurutnya, sebelum itu mereka terdengar bunyi letupan sebelum dapur gas melambung.

“Kejadian itu terlalu pantas, kami tidak sempat mengelak dan semua terkena percikan api dari dapur gas.

“Kami kemudiannya pergi ke klinik berhampiran mendapatkan rawatan awal sebelum pulang ke rumah di Bera,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Noraini turut melecur di bahagian muka.

Noraini berkata, keesokan harinya mereka sekeluarga sekali lagi mendapatkan rawatan awal di Klinik Kesihatan Triang sebelum diminta merujuk ke pakar di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS).

“Keadaan suami dan anak kedua iaitu Arif Fauzan paling teruk melecur kerana membabitkan bahagian muka dan tangan.

“Empat hari kami sekeluarga ditempatkan di wad dan sekarang ini kami berada di hospital swasta untuk pemeriksaan susulan,” katanya.

Tangan Arif Fauzan yang melecur akibat kejadian pada 9 Mac lalu.

Tambahnya, mereka sekeluarga pernah datang ke restoran itu sebelum ini untuk menjamu selera dan tidak menyangka kejadian itu akan berlaku.

“Pemilik restoran ada berjumpa dengan kami dan memohon maaf.

 

“Satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh dan berharap insiden sebegini tidak berulang lagi,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : Sinar Harian

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Alat Memasak ‘steamboat’ Meletup, Tujuh Beranak Cedera."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*