Ruhainies Tarik Diri Sertai Festival Jualan Raya, Ramai Kecam Ifa Raziah Gara-gara Satu Kenyataan.

PELAKON Ruhainies membuat keputusan menarik diri daripada menyertai festival jualan Starvendors KLCC Mega Raya Fest yang dijadualkan berlangsung pada 29 Mac hingga 1 April ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh penyanyi Ifa Raziah yang juga bertindak sebagai penganjur acara jualan tahunan itu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Ifa atau Saripah Raziah Mustapha, 49, tindakan tersebut dibuat kerana Ruhainies enggan menjejaskan perniagaan pihak lain yang turut terlibat dalam acara berkenaan.

ruhainies 2

Ruhainies sebelum ini terlibat dalam mempromosikan acara festival jualan.

“Ruhainies beritahu saya yang dia tarik diri. Dia dah lama fikir kerana tidak mahu perniagaan orang lain terjejas,” katanya.

Ifa berkongsi perkara tersebut di laman Instagram miliknya pada Jumaat.

Dipercayai keputusan tersebut dibuat susulan kontroversi tangkap khalwat yang melibatkan dia dan pelakon Aliff Aziz.

Sebelum itu Ifa juga menerima banyak kecaman apabila menyenaraikan Ruhainies sebagai salah seorang vendor yang terlibat dalam acara tersebut.

Meluahkan rasa kecewa, Ifa merasakan tidak adil sekiranya ada pihak mahu memboikot acara tersebut hanya kerana penglibatan seorang artis yang berdepan kontroversi.

“Saya tidak boleh sebelahkan mana-mana pihak. Kedua-duanya (Ruhainies dan Bella Astillah) adalah adik saya. Saya dah kenal lama dan mereka cari rezeki berniaga.

Daripada kita terus nak kecam, lebih baik doakan agar perkara ini dapat diselesaikan dengan baik

IFA RAZIAH

PENYANYI

“Janganlah disebabkan isu peribadi sehinggkan peminat tidak suka dan nak boikot. Kesian artis-artis lain yang berniaga juga,” luahnya.

Dalam masa sama Ifa turut menasihati orang ramai agar tidak mudah meletakkan hukuman dan terus mendoakan mereka berdua.

“Daripada kita terus nak kecam, lebih baik doakan agar perkara ini dapat diselesaikan dengan baik,” jelasnya.

ifa raziah 2

Ifa menerima banyak kecaman dari peminat Bella.

Pada 9 Mac lalu, Ruhainies dan Aliff ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) di sebuah kondominium mewah atas tuduhan khalwat.

Susulan kejadian itu, isteri Aliff iaitu Bella Astillah memfailkan cerai terhadap aktor itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan secara ekspres pada Isnin lalu.

Kes berkenaan yang disebut pada Rabu lalu bagaimanapun ditangguh pada 4 April depan selepas Aliff tidak hadir kerana terikat dengan penggambaran.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Ruhainies Tarik Diri Sertai Festival Jualan Raya, Ramai Kecam Ifa Raziah Gara-gara Satu Kenyataan."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*