Polis Tahan Tiga ‘Awek Melaka’ Aksi ‘Buat Superman’ Di Jalan Raya.

KUALA LUMPUR: Tiga gadis yang mempamerkan aksi ‘Superman’ ketika menunggang motosikal di Lebuhraya Utara-Selatan, ditahan polis semalam.

Sebelum itu, video klip memaparkan aksi mereka meniarap di atas motosikal sambil meluruskan kedua-dua kaki ke belakang atau gaya ‘Superman di lebuh raya terbabit, tular di laman sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, berkata pihaknya mengesan video klip dimuat naik di aplikasi X, jam 5.34 petang Ahad lalu.

“Klip video itu memaparkan sekumpulan penunggang motosikal melakukan aksi meniarap di atas motosikal sambil meluruskan kedua-dua kaki ke belakang di lebuh raya terbabit.

“Bertindak atas maklumat itu, Unit Risikan/Operasi JSPT Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Trafik Daerah (BSTD) Melaka Tengah membuat tangkapan terhadap tiga remaja perempuan di sekitar Bandar Melaka, pada Rabu.

“Mereka berusia 16 hingga 18 tahun. Motosikal Yamaha Y15ZR yang digunakan dibawa ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

545

Aksi membahaya sekumpulan penunggang motosikal.

Mohd Azman berkata, hasil soal siasat mendapati semua suspek daripada kelab motosikal ‘Awek Melaka’ itu menetap di negeri berkenaan.

“Sebelum kejadian, difahamkan suspek dalam perjalanan pulang secara konvoi dari sebuah kedai makan di Serdang, Selangor.

“Suspek mengaku menjadikan lebuh raya itu sebagai lokasi melakukan aksi berbahaya berkenaan kerana terpengaruh antara satu sama lain,” katanya.

Jelas Azman, pihaknya juga mengeluarkan tujuh saman terhadap suspek terbabit atas pelbagai kesalahan.

“JSPT akan sentiasa melaksanakan operasi mencegah samseng jalanan secara berterusan bagi membanteras kegiatan itu yang membahayakan keselamatan orang ramai.

“Pada masa sama, JSPT komited untuk menjalankan program advokasi bagi melahirkan generasi penunggang motosikal yang sentiasa patuh kepada peraturan dan undang-undang lalu lintas,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Polis Tahan Tiga ‘Awek Melaka’ Aksi ‘Buat Superman’ Di Jalan Raya."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*