Mawar Rashid Tamat Teka-teki, Ibu Nikah Pengiran Allaudin Brunei.

Desas-desus berterbangan pelakon Mawar Rashid bakal bergelar isteri kepada lelaki kelahiran Brunei terjawab apabila dia mengesahkan yang berkahwin adalah ibu bukanlah dirinya.

Mawar, 30, atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid tidak menyangka ibunya bertemu jodoh sekali gus dirinya kini memiliki seorang bapa.

Berkongsi berita gembira itu, Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 30, berkata ibunya iaitu Marinee Abdullah sudah selamat bernikah dengan sahabat lama di Brunei.

Teruja menerima kehadiran bapa tiri, Mawar berkata dia tidak menyangka akhirnya dapat merasai kehadiran seorang bapa selepas ayah kandungnya meninggal dunia semasa dirinya masih kecil.

NP-130

Mawar kini mempunyai seorang bapa tiri.

“Mawar tak pernah sangka yang Mawar akan merasa kehadiran seorang ayah.

“Siapa sangka dari kenalan lama di Brunei bertemu jodoh hanya dari satu mesej ‘lama tak jumpa’ dari posting Putera Mateen kahwin dan babah dalam video oru.

“Sukar untuk terima yang mummy akan tinggal di Brunei tapi dia layak dapat kehidupan yang bahagia sepanjang hayatnya, katanya.

Perkara tersebut dikongsi Mawar di Instagram miliknya pada malam Rabu.

Dalam pada itu, Mawar sempat menitipkan pesanan ringkas terhadap keluarga baharunya di Brunei.

“Kepada keluarga baru saya di Brunei, selamat datang ke keluarga kami. Sayang kamu semua,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah pada Mawar dan keluarganya.

“Mawar buat suspen, Ingatkan Mawar yang kahwin. Apapun tahniah ya.

NP-131

Mawar bersama keluarganya meraikan majlis pernikahan ibunya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Mawar Rashid Tamat Teka-teki, Ibu Nikah Pengiran Allaudin Brunei."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*