Lelaki Ditahan Cuba Ganti Kad Pengenalan Palsu Di JPN

SANDAKAN – Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu, Isnin lalu.

Lelaki terbabit ditahan pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ketika cuba membuat permohonan bagi penggantian dokumen tersebut di kaunter JPN cawangan Sandakan.

JPN Negeri Sabah dalam satu kenyataan di Facebook rasminya memaklumkan, semakan oleh pegawai JPN mendapati kad pengenalan yang digunakan oleh lelaki berkenaan tidak sepadan dengan maklumat dalam pangkalan data JPN.

“Berdasarkan kepada kuasa yang diberikan, lelaki berkenaan telah ditahan oleh oleh Pegawai JPN.

“Lelaki itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : Sinar Harian

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Lelaki Ditahan Cuba Ganti Kad Pengenalan Palsu Di JPN"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*