Tilam Koyak, Bantal Pula Busuk! Bapa Rayu Tindakan Segera KPM, Tak Tergamak Biar Anak Tidur Dalam Asrama Daif

BUKAN sahaja kain yang membaluti tilam koyak rabak, sebahagian daripada isinya juga berlubang dan terburai.

Sama juga halnya dengan bantal buruk dan busuk yang sudah bertukar warna hingga kelihatan menjijikkan.

Melihat keadaan sekeliling ia tak ubah seperti rumah tinggalan dan usang namun pernahkah anda menyangka itu adalah pemandangan ‘biasa’ di bilik asrama sebuah sekolah

Beberapa gambar keadaan bilik di asrama itu tular di media sosial selepas dimuat naik seorang bapa kepada salah seorang penghuninya.

Keadaan tilam yang koyak.

Mendedahkan perkara itu kepada mStar, Mohd Firdaus Jailan berkata, ia merupakan keadaan bilik di sebuah asrama di Tebedu, Sarawak.

Lelaki berusia 37 tahun itu mengakui amat terkejut sebaik melihat keadaan bilik tersebut di asrama yang dihuni dua orang anak lelakinya masing-masing merupakan pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Tiga.

Menurutnya, ketika itu ibu bapa para pelajar dibenarkan masuk untuk melihat keadaan asrama sementara isterinya menguruskan pendaftaran masuk pada minggu lalu.

“Tentulah saya terkejut dan marah. Takkan nak biarkan pelajar tidur dalam keadaan macam itu? Itu tak kira lagi kipas yang rosak, cermin pecah dan sebagainya.

“Apabila tengok keadaan macam tu, memang saya dan isteri hantar tilam baharu. Tak sanggup tengok anak tidur dalam keadaan macam itu,” katanya kepada mStar.

Perabot yang tidak dibaik pulih.

Mendakwa dorm itu serba daif, Mohd Firdaus berkata, keadaan di dalamnya seperti tiada sebarang penggantian sejak sekian lama.

“Almari nak roboh, katil kayu yang dah lama. Tilam dan bantal dah busuk. Apabila kami lihat keadaan itu, kami terus ambil keputusan untuk hantar tilam.

“Bantal kita belum hantar sebab tak ada bajet lagi. Mungkin hujung bulan baru kami akan hantar tilam, katil dan almari,” ujarnya lagi.

Antara almari yang masih boleh digunakan.

Bapa kepada empat anak itu bagaimanapun menegaskan pihak sekolah tidak seharusnya dipersalahkan dalam hal itu kerana mereka sudah melakukan yang terbaik.

“Cuma apabila tak ada dana, mereka (pihak sekolah) tak boleh buat apa-apa. Tujuan saya buat perkongsian ini supaya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) buka mata… cepat hulur bantuan.

Pendedahan ini dibuat supaya YB (Yang Berhormat) Menteri dan pasukannya berpijak di bumi yang nyata.

MOHD FIRDAUS JAILAN

BAPA PRIHATIN

“Bukan salahkan mana-mana pihak. Saya percaya, banyak lagi sekolah yang berada dalam keadaan macam ini, cuma ibu bapa tak berani nak bersuara sahaja,” katanya lagi.

Meluahkan kekecewaan itu sambil mengenang nasib anak-anak menghuni di asrama itu, Mohd Firdaus mahu perkara tersebut mendapat perhatian KPM dengan segera.

Bantal dan tilam yang digunakan pelajar asrama.

Menurutnya, pendedahan itu bukan untuk menidakkan usaha guru-guru, bukan juga menuduh mereka yang bukan-bukan.

“Saya menjadi saksi kepada dedikasi dan usaha mereka mendidik anak bangsa. Pendedahan ini dibuat supaya YB (Yang Berhormat) Menteri dan pasukannya berpijak di bumi yang nyata.

“Tergamakkah YB melihat seorang anak remaja tidur di atas tilam seperti ini? Tergamakkah YB melihat anak-anak menghidu hama dan habuk daripada span bantal yang hancur setiap hari?

“Tergamakkah YB melihat anak-anak ini berkongsi tiga katil ini berlima dan kadang-kala ada yang terpaksa tidur di lantai? Bangunlah KPM. Anak-anak ini bukan binatang,” katanya dengan nada kesal.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Tilam Koyak, Bantal Pula Busuk! Bapa Rayu Tindakan Segera KPM, Tak Tergamak Biar Anak Tidur Dalam Asrama Daif"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*