Dua Kali Akad Masih Gagal Akad, Momen Pernikahan Lelaki 90 Tahun Mencuit Hati… Asyik Lupa Nama Bakal Isteri

GARA-GARA terlupa nama calon isteri dan kesukaran melafazkan akad ketika upacara pernikahan, video warga emas berusia 90 tahun tular di media sosial.

Momen lucu itu berlaku di daerah Medan di Indonesia.

Menerusi video tular sejak Isnin, kedua-dua pasangan terbabit tampil sedondon dengan pakaian tradisional Indonesia yang berwarna putih.

Bagaimanapun, selepas akad dilafazkan oleh wali pengantin perempuan, warga emas yang dikenali sebagai Aki Jaya secara tidak sengaja menyebut ‘tunai’.

Tindakannya itu membuatkan para tetamu tidak dapat menahan rasa geli hati dan tertawa.

Susulan daripada itu, dia diminta untuk menghafal lafaz kabul terlebih dahulu supaya proses akad nikah berjalan lancar.

Dia bagaimanapun didapati terlupa nama calon isterinya sehingga mengundang ketawa sekali lagi.

Difahamkan percubaan kedua akad nikahnya juga tidak berjaya kerana Aki Jaya gagal mengingati nama calon isterinya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : Mtar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Dua Kali Akad Masih Gagal Akad, Momen Pernikahan Lelaki 90 Tahun Mencuit Hati… Asyik Lupa Nama Bakal Isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*