Pertemuan Dalam Pesawat Aturan Allah, Mk Sudah Mohon Maaf Kepada Tuju. Akui Kesilapan Diri Sendiri.

PENYANYI rap MK membuat permohonan maaf secara terbuka kepada bekas anggota kumpulan K-Clique iaitu Tuju atas setiap kesalahan dilakukan sebelum ini.

MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 28, berkata, salah faham yang berlaku di antara mereka sebelum ini mungkin berlaku disebabkan kesilapannya sendiri dan bersyukur hubungan mereka sudah kembali pulih.

“Hari ini (Ahad) saya sekali lagi memohon maaf secara terbuka. Mungkin apa yang berlaku atas kesilapan saya sendiri,” katanya kepada mStar.

mk 3

Tuju (kiri) dan MK bergabung dalam lagu Risiko.

MK berkongsi perkara itu ketika ditemui pada malam Risiko Pop Up Show yang merupakan kolaborasi dia bersama MK serta penyanyi penyanyi lain iaitu Ghidd, Benzooloo dan Meerfly pada malam Ahad.

Dalam pada itu, MK memberitahu dia sebelum ini sudah bertemu Tuju secara kebetulan ketika mereka sama-sama menaiki penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur tahun lalu.

Beritahu MK, pada pertemuan itu masing-masing ada meluahkan semua kegusaran dalam hati dan saling bermaaf-maafan.

“Sebenarnya kami pernah bertemu tanpa sengaja dalam penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur sekitar tahun lalu.

“Allah mengaturkan pertemuan tersebut dan di situ juga saya pernah meminta maaf,” ujarnya.

Sementara itu, MK berkata, dia tidak menyangka lagu Risiko yang merupakan terbitan Twntytwo Degree kembali menyatukan mereka dan tiga penyanyi rap lain iaitu Ghidd, Meerfly dan Benzooloo.

Mungkin apa yang berlaku atas kesilapan saya sendiri

MK K-CLIQUE

PENYANYI

“Saya juga bersyukur dengan gabungan dalam lagu Risiko ini. Kembali bersama Tuju adalah di luar jangkaan,” luahnya.

Sebelum ini, Tuju memberitahu wujud salah faham di antaranya dengan K-Clique namun enggan mendedahkan masalah berlaku.

Kata Tuju lagi, keputusan meninggalkan kumpulan popular itu adalah pilihan sendiri dan tidak akan kembali bersama K-Clique.

mk 2

K-Clique terus bergerak tanpa Tuju.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Pertemuan Dalam Pesawat Aturan Allah, Mk Sudah Mohon Maaf Kepada Tuju. Akui Kesilapan Diri Sendiri."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*