“Bukan Tangkap Basah” – Ruhainies Minta Netizen Henti Keruhkan Keadaan, Tunggu Kenyataan Rasmi Keluar

PELAKON Ruhainies menjelaskan dia bukan ditangkap basah bersama aktor Aliff Aziz seperti didakwa sesetengah pihak.

Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, berkata, dakwaan salah terhadapnya boleh mengelirukan dan mengeruhkan keadaan.

“Ingin saya perbetulkan di sini, hati-hati dengan penulisan tajuk atau isi dalam content supaya tidak menimbulkan spekulasi lebih buruk yang mengelirukan dan mengeruhkan lagi keadaan.

“Ia sama sekali bukan tangkap basah,” tegasnya.

ruhainies 11

Ruhainies menjelaskan dakwaan ditangkap basah di Instastory.

Ruhainies berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada pagi Isnin.

Menerusi hantaran berkenaan, Ruhainies turut memuat naik keratan foto dari sebuah portal hiburan yang menggunakan tajuk “One Step At A Time…” – Masih Tiada Penjelasan Lanjut, Ruhainies Perlu Masa Untuk Selesaikan Isu Tangkap Basah.

Dalam pada itu, Ruhainies sekali lagi menyangkal segala perkara yang tersebar sejak Sabtu lalu adalah kejadian sebenar.

Katanya, dia masih memilih mendiamkan diri sekali gus meminta orang ramai tidak lagi mengeruhkan keadaan.

“Sehingga kini saya masih belum berikan apa-apa kenyataan. Dan segala apa yang dikeluarkan di media bukanlah kenyataan dari saya dan ia tidak tepat.

“Saya mohon supaya media tidak menulis apa-apa yang boleh mengundang provokasi atau pun fitnah sehingga saya mengeluarkan kenyataan rasmi.

“Saya mohon kerjasama semua pihak supaya lebih berhati-hati dan lebih bertanggungjawab,” ujarnya.

2584104

Ruhainies dan Aliff ditangkap khalwat pada Sabtu lalu.

Pada awal pagi Sabtu lalu, Ruhainies dan Aliff ditahan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam satu serbuan yang dilakukan di sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Mereka yang ditahan di Jawi bagi tujuan siasatan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan pada sekitar pukul 2 petang hari sama.

Kedua-dua mereka bakal didakwa di Mahkamah Syariah dalam masa terdekat.

Ruhainies dan Aliff kini sama-sama terlibat dalam penggambaran sebuah drama berjudul Terjerat.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Bukan Tangkap Basah” – Ruhainies Minta Netizen Henti Keruhkan Keadaan, Tunggu Kenyataan Rasmi Keluar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*