Alhamdulillah. Akhirnya Shuk Sahar Dan Fara Salleh Selamat Bergelar Suami Isteri.

PELAWAK Shuk Sahar sudah menamatkan zaman duda dengan wanita yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini iaitu Fara Salleh.

Mendedahkan perkara itu, Fara berkata mereka disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada awal November tahun lalu.

Bagaimanapun, tiada majlis yang dilangsungkan pasangan ini sejak bergelar suami isteri.

WhatsApp Image 2024-03-09 at 4.18.11 PM

Shuk dan Fara selamat bernikah dengan sekali lafaz.

“Ya kami dah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.

“Kami bernikah awal bulan November tahun lepas, kira sudah empat bulan,” katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.

Fara bagaimanapun enggan memperincikan perihal perkahwinannya dengan Shuk, 37 tahun.

Sementara itu, Shuk ketika dihubungi mStar enggan mengulas mengenai perkara itu sebaliknya meminta soalan berkaitan hubungan mereka ditanya sendiri kepada Fara.

Sebelum ini, nama Fara pernah menjadi bualan hangat netizen apabila dia didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya bersama bekas isteri, Rossa Sera.

size NP 1 (64)

Shuk dan Fara pernah tmencetuskan kontroversi melibatkan hubungan mereka sebelum berkahwin.

Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Sera pada 2015 namun bercerai pada 22 Mac 2023.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi, 5 tahun.

Meskipun tiada lagi ikatan, Shuk memberitahu hubungannya dengan Sera masih baik demi kebaikan anak-anak mereka.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : Mstar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Alhamdulillah. Akhirnya Shuk Sahar Dan Fara Salleh Selamat Bergelar Suami Isteri."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*