Adik ‘Upload‘ Video Mesra Bella Astillah Dan Ruhainies, Dada Netizen Pula Macam Kena Tusuk Sembilu.

SELEPAS video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan individu mirip Aliff Aziz dan Ruhainies tersebar, muncul pula video memperlihatkan keakraban aktres itu dengan Bella Astillah.

Video berdurasi 44 saat itu dimuat naik adik kepada Bella iaitu Didi Astillah menerusi Instagram miliknya pada Sabtu.

Tanpa sebarang kapsyen, isi kandungan video tersebut memaparkan kemesraan Ruhainies dan Bella ketika menghadiri beberapa acara selain ketika berkunjung ke sebuah pantai.

size NP 1 (60)

Bella dan Ruhainies merupakan kawan baik dan pernah bercuti bersama ke Korea Selatan.

Tidak hanya itu, menerusi video berkenaan dilihat Bella dan Ruhainies pernah berkunjung ke Korea Selatan apabila mereka mengenakan pakaian tradisional Hanbok.

Lebih mencuri perhatian, rakaman Bella mendukung aktres itu dibelakang badan turut membuatkan ramai percaya hubungan mereka cukup akrab sebelum ini.

Meskipun tidak dapat dipastikan tujuan sebenar Didi memuat naik video tersebut namun ramai percaya ia sebagai jawapan kepada persoalan orang ramai mengenai identiti pelakon wanita yang ditangkap bersama Aliff pada awal pagi Sabtu.

Sementara itu, ruang komen pada hantaran tersebut ramai meluahkan rasa kecewa terhadap Ruhainies yang tergamak merosakkan rumah tangga rakannya sendiri.

Ada juga meluahkan rasa tidak percaya aktres cantik itu adalah pelakon wanita yang ditangkap khalwat bersama Aliff.

Geram dengan kejadian itu, netizen berpendapat karier lakonan Ruhainies sudah tamat susulan kontroversi melibatkannya.

“Maka dengan rasminya berakhirlah karier Ruhainies dalam industri. Dia kini bukan lagi bergelar pelakon tapi ‘pelakor’ (perampas).

“Kenapalah Ruhainies tergamak buat macam itu? Habislah karier lakonan dia.

“Ini kawan makan kawan namanya. Kalau betul Ruhainies orangnya, tergamak dia buat Bella macam tu,” komen netizen.

size NP 1 (53)

Rakaman CCTV yang didakwa mirip Ruhainies dan Aliff.

Dalam pada itu, ada segelintir netizen bersikap sinikal terhadap Bella dengan meminta dia bersikap terbuka dan menerima Ruhainies sebagai madu memandangkan mereka mempunyai hubungan akrab.

Apatah lagi kata mereka, berdasarkan pelbagai kejadian melibatkan Aliff sebelum ini, Bella membuktikan dia seorang pemaaf dan akan menyelesaikan kemelut.

“Nampak akrab sangat mereka ini, sesuai kalau nak bermadu.

“Bella kan seorang yang pemaaf. Kalau dah berbaik nanti ambillah jadi madu. Selesai masalah,” komen netizen.

size NP 1 (62)

Bella hanya mampu melinangkan air mata selepas mengetahui isu Aliff dan Ruhainies.

Sebelum ini, Didi mengesahkan individu dicekup berkhalwat adalah abang iparnya dan hadir ke Jawi selepas dimaklumkan mengenai tangkapan dibuat pihak berkuasa.

Didi juga meminta semua pihak memberi ruang kepada kakaknya sebelum memberi sebarang kenyataan kerana masih dalam keadaan terkejut.

Ini bukan pertama kali Aliff berhadapan isu kontroversi malah pernah beberapa kali berlaku curang terhadap Bella.

Malah pasangan itu pernah bercerai pada 2019 akibat sudah tidak tahan dengan sikap pelakon itu.

Bagaimanapun pasangan tersebut mengambil keputusan kembali rujuk ketika dalam tempoh edah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : Mstar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Adik ‘Upload‘ Video Mesra Bella Astillah Dan Ruhainies, Dada Netizen Pula Macam Kena Tusuk Sembilu."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*