Suami Kantoi Curang Selepas 20 Tahun Hidup Bersama… Isteri Cuba Reda Hidup Bermadu Walau Hati Sakit.

USIA perkahwinan lebih dua dekad masih tidak dapat menjamin kesetiaan suami terhadap isterinya.

Situasi itulah yang perlu dihadapi seorang wanita apabila pasangannya mempunyai hubungan dengan perempuan lain di tempat kerja.

Dalam luahan dikongsikan di Facebook, pengadu tanpa nama itu meminta pendapat orang ramai bagaimana caranya untuk merelakan hati hidup bermadu.

“Saya dan suami sudah berkahwin 22 tahun. Kami ada tiga orang anak bersama. Yang sulung sudah umur 20 tahun, 18 tahun dan anak bongsu umur 12 tahun.

Orang ketiga boleh menjadi punca keretakan rumah tangga. -Gambar hiasan

“Baru-baru ni suami kantoi berskandal dengan kawan sekerja dia. Anak dara tau. Cantik, seksi… nak dibandingkan dengan saya macam langit dan bumi la.

“Saya nak minta tip daripada semua macam mana nak jadikan hati saya seorang isteri reda dan seikhlas-ikhlasnya nak terima seorang madu,” demikian kisahnya yang dikongsikan di grup Kisah Rumah Tangga.

Sejujurnya, dia sedih dengan sikap suami yang sanggup menduakan dirinya dan berlaku curang dengan perempuan lain.

Tambahnya lagi, setelah diberi ‘keizinan’ untuk menambah ‘cawangan’, si suami begitu senang hati dan tidak menunjukkan rasa bersalah terhadap dirinya.

“Saya bersyukur sangat sebab tak perlu nak siasat, tak perlu nak pasang pengintip bagai. Tapi Allah buka satu persatu kecurangan dia.

“Tipu la kalau saya tak marah atau menangis. Sudah puas saya menangis untuk istiqamah. Saya jadi reda sikit saja.

“Saya minta suami buat cara elok… kahwin dengan perempuan tu. Jadi sekarang nampak suami sangat gembira sebab saya sudah bersetuju sekiranya mereka bersatu,” katanya.

Selepas mengetahui tentang hubungan terlarang itu, dia ada bertanya kepada suami alasannya berbuat demikian.

Saya minta suami buat cara elok… kahwin dengan perempuan tu.

PENGADU

Berdasarkan pemahaman wanita itu, suaminya mencari seseorang yang sikapnya kontra atau berbeza jika dibandingkan dengan dirinya.

“Saya sedar saya bukan isteri yang sempurna. Kadang-kadang saya ada terkasar bahasa, suka membebel. Biasa la dah nama pun isteri ni seorang perempuan.

“Saya tanya suami kenapa cari lain? Dia cakap dia cari perempuan yang boleh bagi ketenangan pada dia. Kadang saya ketawa sendiri. Yang mana faham tu, faham la kan.

“Jadi saya sudah berdoa pada Allah… saya terima semua ketentuan dari Dia. Sebab Allah sebaik-baik perancang. Cuma itu la, saya nak tip macam mana nak reda sepenuhnya terima madu,” jelasnya lagi.

Komen netizen pada posting asal.

Perkongsian dibuat wanita ini ternyata meraih perhatian warga maya yang rata-rata bersimpati dengan nasibnya.

Jika diteliti di ruangan komen, ramai yang memberikan semangat dan tip sebagaimana diminta.

“Contohi ummul mukminin (ibu-ibu kepada orang-orang beriman). Mereka semua reda dengan suami. Banyakkan zikir dan ambil masa untuk perbaiki diri ke arah lebih baik.

“Tahniah kerana puan kuat dengan ujian Allah. Dia nak tinggikan darjat puan. Berdamailah dengan takdir Allah. Banyakkan zikir dan selalu ingat Allah sayangkan puan.

“Kalau nak reda, fikirkan apa kelebihan bila suami tidak ada di rumah. Contohnya tak payah kalut-kalut nak masak makan, iron baju dan bekerja bagai. Tak payah layan batin dia. Anak-anak pun dah besar. Banyak me time lepas ni,” komen netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Suami Kantoi Curang Selepas 20 Tahun Hidup Bersama… Isteri Cuba Reda Hidup Bermadu Walau Hati Sakit."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*