“Saya paling jahat” – Anak Menyesal Tak Sudah, Tak Sempat Minta Ampun Sebelum Bapa Dijemput Ilahi.

Menyesal tak sudah… Inilah luahan seorang wanita yang juga bergelar anak bernama Alya dalam satu segmen di Sinar FM semalam.

Menerusi perkongsian video di TikTok, wanita ini meluahkan rasa kesalnya kerana tidak sempat meminta ampun kepada ayah sebelum lelaki itu meninggal dunia.

Kali terakhir jumpa masa kahwin, tiba-tiba dapat tahu bapa jatuh sakit 

Dalam luahan itu, Alya mendedahkan yang dia mempunyai masalah dengan ayah kerana sudah bercerai dengan ibunya dan kali terakhir dia bertemu dengan lelaki itu pada tahun 2020 iaitu ketika hari pernikahannya.

Sejak dari itu, dia tidak berjumpa dengan ayahnya selama tiga tahun dan tidak pernah membawa anaknya bertemu dengan datuk mereka.

Namun secara tiba-tiba pada suatu hari, dia mendapat panggilan yang memaklumkan ayahnya berada dalam keadaan kritikal.

Pexels Photo 3934328

Tapi hati jahat saya, saya cakap ayah saya drama. Ayah saya tipu saya. Lepas tu, kawan-kawan saya suruh saya pergi. Tapi saya kata saya tak nak pergi,” katanya.

Selepas dipujuk ibunya, Alya pergi juga bertemu dengan ayahnya kerana menurut doktor, ayahnya sudah ‘tidak lama’ dan mungkin tidak sempat hingga ke tengah hari.

Itulah pertama kali saya jumpa ayah saya setelah tiga tahun. Tapi saya pergi, saya tak pegang dia. Tak sentuh, tak bercakap. Saya ego.

“Bukan sebab apa, dulu saya sangat rapat dengan ayah saya, tapi bila sampai satu tahap saya tak mampu maafkan,” katanya.

Menurutnya, pada ketika itu ayahnya sudah ditidurkan dan dia hanya melihat ayahnya dari jauh kerana masih berasa ego.

Hatinya makin tersentuh apabila melihat keadaan ayahnya yang semakin uzur dan berselirat dengan wayar hingga membuatkan dia terbuka hati untuk mencium bahu lelaki itu.

Ayah curang jadi punca anak keras hati 

Bila ditanya mengapa Alya sangat marah dengan ayahnya, dia memberitahu bahawa ia berpunca daripada tindakan ayah yang berlaku curang dengan ibunya.

Ayah saya ni seorang yang penyayang dan baik. Tapi dia ada perempuan lain. Dia tinggalkan mak saya,” katanya.

Walau bagaimanapun katanya lagi, ayahnya selepas itu pernah meminta maaf kepada semua anak-anak lain termasuk ibunya atas apa yang berlaku.

Menyambung kisah itu lagi, Alya memberitahu bahawa pada hari yang sama ketika Maghrib, dia mendapat panggilan yang memaklumkan bahawa ayahnya sudah meninggal dunia.

Pada saat itu, Alya berasa sangat menyesal kerana dia tidak sempat meminta ampun kepada bapanya kerana mempunyai banyak dosa.

@sinar_my Luahan rasa salah seorang pendengar SINAR yang kini hidup dibelenggu rasa bersalah dan penyesalan kerana tidak sempat memohon kemaafan daripada seorang ayah hingga ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Memberi kemaafan itu tidak mudah, tetapi ia kunci untuk hati dan jiwa yang tenang. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan diampunkan segala dosa-dosanya. Buat Alya, kami doakan awak dan keluarga terus kuat ❤️ #SINARKongsi #PagiDiSINAR #luahanrasa #kemaafan #fypシ #fypシ゚viral #fyp ♬ original sound – SINAR

Kita orang sayang tapi kita orang marah. Sekarang kita semua hidup dalam rasa serba salah, penyesalan.

“Saya rasa serba salah sebab ayah saya tak kerja. Saya rasa saya paling jahat sebab setiap kali abah balik, dia minta nak ambil sijil cerai. Saya kata dekat mak saya, kenapa bagi dia masuk. 

“(Kemudian ayahnya berkata) Awak ada duit tak, saya lapar. Saya lapar…” katanya dan diikuti dengan tangisan Alya.

Pexels Photo 5700205

Para penyampai radio kemudian kedengaran menenangkan Alya dengan mengatakan bahawa ayahnya mungkin sudah memaafkan anak-anak atas kesalahan mereka.

Rata-rata netizen di bahagian komen meluahkan rasa sedih mereka dengan luahan hati tersebut dan masing-masing mengambil iktibar di atas kisah anak beranak ini.

Min pun ikut menangis mendengar luahan kakak ini. Semoga wanita ini tabah dalam menghadapi dugaan. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber: Lobak Merah

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Saya paling jahat” – Anak Menyesal Tak Sudah, Tak Sempat Minta Ampun Sebelum Bapa Dijemput Ilahi."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*