Syada Sudah Bertemu Shila Amzah, Terubat Rindu Tiada Lagi Sengketa Adik-beradik.

PENYANYI Syada Amzah sebelum ini membuat satu hantaran di Instagram meluahkan rasa rindu terhadap adik-beradiknya termasuk kakak iaitu Shila Amzah.

Mengulas mengenai perkongsiannya itu, Syada atau nama sebenarnya Nursyuhada Amir Amzah, 26, berkata dia sudah pun berjumpa dengan Shila bagi menyelesaikan konflik keluarga yang berlaku antara mereka.

“Dalam adik beradik, mestilah ada perasaan rindu dan sudah lepaskan rindu. Saya sudah jumpa dia (Amir Syahir) dan juga adik-beradik lain. Itu sekadar luahan, tiada apa pun.

“Saya sudah jumpa (Shila). Mestilah saya sudah jumpa (Shila), kami adik-beradik,” katanya.

Dalam pada itu, Syada juga berharap orang ramai dapat mendoakan supaya hubungannya mereka sentiasa terjaga dan dalam keadaan yang baik.

“Insya-Allah, doakan yang baik-baik supaya tiada pihak lain yang melagakan apa ke? Kami adik-beradik sudah kenal satu sama lain,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : 

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Syada Sudah Bertemu Shila Amzah, Terubat Rindu Tiada Lagi Sengketa Adik-beradik."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*