Jijik! Ayam Diletak Atas Lantai, Pusat Sembelihan Kotor Diserbu. Diarah Tutup Serta-merta.

SEBUAH pusat sembelihan ayam di Kampung Cheras Baru, Kuala Lumpur diarah tutup serta merta selepas hasil serbuan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati ia beroperasi dalam keadaan kotor.

Serbuan yang dilakukan Jabatan Penguatkuasaan serta Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan DBKL menemui ayam yang sudah siap diproses hanya diletakkan di atas lantai kotor di premis itu.

“Selain itu, air sisa darah, tulang dan bulu juga dilepaskan terus ke longkang awam. Pusat sembelihan ini juga didapati tidak mempunyai loji rawatan air yang sesuai dan air yang digunakan untuk membersihkan ayam juga tidak diganti secara berkala.

ayam 2

Ayam hanya diletakkan di atas lantai premis tersebut. -Gambar FB DBKL

“Selain beroperasi tanpa lesen perniagaan, kesemua pekerja membabitkan warga asing juga didapati tidak mendapatkan suntikan typhoid dan tiada sijil pengendali makanan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Lokasi ini juga ini juga membabitkan tiga syarikat yang berbeza walaupun berada di lokasi sama.

Justeru, sebanyak tiga notis perintah penutupan premis dikeluarkan oleh DBKL di bawah UUK 28(1) Undang-undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan berkuatkuasa serta merta.

“Selain itu tiga kompaun mengikut Seksyen 47(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974, dua kompaun di bawah seksyen 23(3)(b) dan tiga kompaun di bawah seksyen 33(3) UUK Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016 turut dikeluarkan kepada pihak operator,” katanya.

DBKL juga akan merujuk kes berkenaan kepada Jabatan Agama Islam, Jabatan Alam Sekitar serta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk tindakan susulan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Jijik! Ayam Diletak Atas Lantai, Pusat Sembelihan Kotor Diserbu. Diarah Tutup Serta-merta."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*