Macam Drama Tv! Tiga Beranak Bergaduh, Rupanya Bapa Ada Skandal Dengan Kekasih Anak.

VIDEO yang memaparkan pergaduhan sebuah keluarga di bandar Guangzhou, Guangdong, China menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki mempertahankan seorang wanita muda yang dilaporkan merupakan teman wanita anaknya.

Situasi tegang bermula apabila isteri kepada lelaki tersebut menghalau wanita muda berkenaan yang merupakan kekasih anak mereka.

Tindakan si isteri itu berikutan dia secara tidak sengaja ternampak suaminya berkelakuan mesra dengan wanita muda berkenaan secara sembunyi.

Tidak dapat menahan kemarahan, si isteri segera menghalau teman wanita anaknya itu keluar dari rumah.

Bagaimanapun, dia dipukul oleh suami sendiri yang mahu melindungi kekasih gelapnya itu.

Pergaduhan menjadi semakin teruk apabila anak lelaki pasangan berkenaan bertindak memukul bapanya sendiri kerana marah melihat ibunya dikasari.

Situasi semakin huru-hara sehingga pihak polis terpaksa campur tangan dan menghentikan pergaduhan tiga beranak itu.

Bagaimanapun, ramai penduduk setempat sempat merakam kejadian itu dan kemudiannya memuat naik di internet.

Warga maya tampil dengan pelbagai komen, dengan rata-ratanya mengakui tidak percaya kejadian sebegitu wujud di dunia nyata, dan bukan hanya dalam drama di kaca televisyen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Macam Drama Tv! Tiga Beranak Bergaduh, Rupanya Bapa Ada Skandal Dengan Kekasih Anak."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*