Ibu Kirim 3 Barang Dari Kampung, Setiap Satu Ada Kisah Tersendiri… Paling Hiba Kisah Telur Masin

Jika ditanya masakan paling sedap yang pernah dimakan. Sudah tentu ramai akan menjawab masakan ibu! Bahkan bila setiap kali balik kampung, ibu masak hidangan ringkas seperti sambal telur sekali pun sudah terasa sedap asalkan ibu yang masak. Cukup ajaib!

Seorang gadis mengalirkan air mata selepas melihat barang-barang yang dikirimkan oleh ibu tercinta kepadanya.

Menurut apa yang diceritakan Trisyalee, ibunya merupakan seorang guru yang tegas namun mempunyai cara tersendiri menunjukkan kasih sayangnya.

Bungkusan yang sarat dengan makanan itu diserahkan oleh adiknya selepas pulang dari kampung halaman mereka di Kelantan sempena cuti umum Tahun Baru Cina.

“Saya nak kongsikan apa yang mak kirimkan dekat saya masa adik balik kampung. Berat nak mampus. Banyak ye, penuh (beg) dia bawa.

Antara barang kiriman ibu diterima.

“Mak kan… dia tak pandai tunjuk cara dia sayang saya. Dia susah nak cakap yang dia bangga dengan saya. Susahlah nak cakap yang dia sayang.

“Mak saya ni garang dan tegas tapi apabila dia hantar barang macam ni, kirim dekat adik saya… tu salah satu cara nak cakap yang dia sayang la. Mak saya ni jenis yang tak pandai cakap dan tunjuk,” ujarnya.

Sambil dia bercerita, ti dak semena-mena gadis ini mengalirkan air mata sambil terus menceritakan mengenai kebaikan ibunya.

Menerusi video yang dikongsi Trisyalee, dia meluahkan rasa rindu terhadap ibunya sambil menangis teresak-esak.

Dia kemudian menunjukkan tiga jenis barang berbeza yang dikirim dari kampung, yang mana setiap satunya mempunyai kisah tersendiri.

“Barang pertama mak kirim dekat saya adalah ciku. Buah ni dia tanam sendiri. Mak saya ni memang jenis orang suka menanam. Mak saya seorang cikgu. Jadi kalau ada masa terluang dia akan menanam.

Hati saya ni keras tahu. Tapi tengok kamu menangis kita pun nak nangis sekali.

NETIZEN

“Yang kedua mama kirim serunding sebab tahu anak dia suka makan. Lagi-lagi kan bulan depan (Mac) sudah nak dekat dengan tarikh puasa. Jadi dia kirim setengah kilogram serunding.

“Apa yang buatkan saya sedih sangat. Hari tu ada cakap dengan mama saya buat telur masin tapi tak jadi. Awak tahu dia bagi dekat adik saya sebekas telur masin. Dia siap letak tanda (tarikh) bila saya boleh rebus. Jadi ini sahaja barang yang mak kirim dekat adik,” katanya lagi sambil menangis terharu.

Dia seterusnya turut bercerita bahawa ibunya sebelum ini pernah mengirimkan pes masakan seperti gulai kuning ikan tongkol atau kerutuk ayam atau daging.

Hantaran tersebut meraih lebih 100,000 jumlah tontonan dan dibanjiri oleh pelbagai komen netizen setelah dimuat naik di TikTok.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : Mstar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Ibu Kirim 3 Barang Dari Kampung, Setiap Satu Ada Kisah Tersendiri… Paling Hiba Kisah Telur Masin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*