Sweetnya! Kongsi Gambar Dilamar Kekasih, Afifah Nasir Bakal Tamatkan Zaman Bujang.

PELAKON Afifah Nasir memberi bayangan dirinya bakal menamatkan zaman bujang dalam tahun ini.

Afifah atau Nur Afifah Md Nasir, 31, berkongsi berita gembira itu di laman Instagram miliknya memperlihatkan dia dilamar oleh kekasih yang dikenali sebagai Syed Hariz.

Menerusi hantaran tersebut, Afifah menulis ucapan istimewa berserta gambar mereka berlatar belakangkan sebuah pesawat.

afifah nasir 3

Afifah beri gambaran bakal bernikah tahun ini.

“Afifah, sudikah awak menjadi Mrs Hariz tahun ini,” tulisnya.

Kedua-dua mereka dilihat sedondon mengenakan baju rona biru.

Selain sebentuk cincin jenama mewah, Hariz turut memberi sejambak bunga buat Afifah.

Kisah Afifah dan Hariz sebelum ini pernah menjadi bualan ramai selepas mereka memakai busana Melayu sama warna ketika menghadiri sebuah majlis keluarga.

Bercakap kepada media ketika itu, Afifah menafikan dia dan Hariz sudah bertunang dan enggan mengulas lanjut tentang hubungan mereka.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : Mstar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Sweetnya! Kongsi Gambar Dilamar Kekasih, Afifah Nasir Bakal Tamatkan Zaman Bujang."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*