Isteri Balas Sumpah Laknat Di Hadapan Hakim , Gugur Air Mata, Suami Buat Tuduhan Isteri Berzina.

PENCERAIAN merupakan jalan terakhir seandainya usaha membaik pulih hubungan suami isteri menemui jalan buntu.

Terbaharu, peguam syarie Hasanah Johari meraih perhatian ramai apabila dia berkongsi tentang kisah penceraian melibatkan sepasang suami isteri.

Menurut Hasanah, kes itu dianggap menyedihkan kerana seorang suami tergamak menuduh isterinya berzina sehingga membawa kepada perceraian antara mereka.

photo (4)

Perceraian boleh member kesan besar terhadap anak-anak. -Gambar hiasan

“Sedih hari ini. Dalam banyak-banyak kes, kes cerai kali ini menyedihkan. Suami tergamak menuduh isteri berzina dalam kes li’an.

“Tanpa bukti, tanpa saksi dengan jelas. Suami failkan kes li’an ke atas isterinya. Apabila isteri menolak tuduhan itu, maka hakim arahkan si suami lafaz lima kali sumpah laknat.

Aku bersumpah dengan nama Allah bahawa isteriku telah melakukan zina. Jika aku berbohong, maka laknat ke atas aku dunia dan akhirat,” kongsi Hasanah dalam teks berbentuk video di TikTok.

Dalam 1,000 kes, mesti ada satu kes li’an… kes yang jarang difailkan.

HASANAH JOHARI

Cerita Hasanah, wanita itu turut melafazkan sumpah sebanyak lima kali untuk menafikan tuduhan keras yang dibuat oleh suaminya di hadapan hakim.

Selepas mendengar sumpah pasangan itu, hakim akhirnya memutuskan agar mereka berpisah buat selama-lamanya.

“Kemudian si isteri pun mengangkat sumpah lima kali. Aku bersumpah dengan nama Allah, bahawa suami aku telah berkata bohong, dan jika aku berbohong, laknat ke atas aku dunia dan akhirat.

“Lalu dengan sumpah-sumpah itu, hakim putuskan pihak-pihak dipisahkan dengan talak mu’abbad, cerai selama-lamanya. Bercucuranlah air mata si isteri. Namun masa sudah tidak boleh berundur semula,” kongsinya.

Bercerita tentang kes itu, Hasanah berkata kes li’an jarang difailkan oleh mana-mana individu memandangkan kesannya yang cukup besar terhadap suami isteri.

“Dalam 1,000 kes, mesti ada satu kes li’an. Kes yang jarang difailkan, kerana kesannya lebih dahsyat daripada talak Bain Kubro.

“Namun kes ini, suami telah nekad. Meskipun itu, isteri masih tidak mengaku tuduhan suami.

“Maka sumpah diarahkan untuk mereka lafaz. Siapa yang berdusta? Siapa yang berkata benar? Wallahuallam,” ujarnya lagi.

photo (3)

Suami merupakan ketua keluarga yang bertanggungjawab mendidik isteri dan anak-anak ke arah yang lebih baik. -Gambar hiasan

Video tular yang meraih lebih 170,000 tontonan itu turut dihujani dengan pelbagai komen netizen.

“Isteri menangis bukan sebab berpisah dengan suami, Tapi pilu orang tersayang buat tuduhan paling hina.

“Beraninya bersumpah, dengar pun takut,” tulis beberapa netizen.

Menurut laman sesawang Maktabah Al Bakri, daripada segi syarak, li’an bermaksud perkataan-perkataan yang dijadikan hujah oleh suami yang terpaksa menuduh isterinya kerana mencemari rumahtangga dan menyebabkan aib kepada suami.

Sesiapa yang melakukan lia’n (sumpah laknat) maka telah terbubarlah ikatan perkahwinan.

Proses lia’n ini hendaklah dilakukan di hadapan hakim dan disaksikan oleh khalayak ramai kemudian hakim akan membubarkan perkahwinan tersebut.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Isteri Balas Sumpah Laknat Di Hadapan Hakim , Gugur Air Mata, Suami Buat Tuduhan Isteri Berzina."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*