“Saya Bayangkan Anak Sendiri” Lans Koperal Tular Bersihkan Anak Tahanan.

Tular perkongsian di Facebook, memaparkan sekeping gambar seorang polis wanita sedang membersihkan budak lelaki yang dipercayai anak tahanan.

“Saya bayangkan anak sendiri di rumah”

“Saya kesian bila lihat keadaannya tidak terurus,”. Demikian luah seorang anggota polis di Balai Polis Bentong selepas gambarnya membersihkan seorang kanak-kanak tular di media sosial Selasa lalu.

Lans Koperal Siti Sarah Ariffin, 35, berkata, kejadian itu berlaku jam 8.40 malam pada Jumaat lalu apabila kanak-kanak terbabit dibawa oleh seorang lelaki setelah ibunya ditahan di Cheras atas kesalahan jenayah komersial dan dibawa ke Penjara Bentong.

“Saya sedang bertugas ketika itu dan lelaki terbabit memberitahu dia kenalan ibu kanak-kanak tersebut yang diserahkan kepadanya dan datang ke balai kerana ingin menyerahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

“Keadaan kanak-kanak ketika itu sangat tidak terurus dan dipercayai mengalami masalah autisme selain tidak boleh bertutur,” katanya.

Gambar terbabit telah meraih pujian ramai, rata-rata memuji dan tersentuh dengan sikap prihatin yang diberikan oleh pegawai polis terbabit.

Kongsinya, kejadian itu berlaku jam 8.40 malam pada Jumaat lalu apabila kanak-kanak terbabit dibawa oleh seorang lelaki setelah ibunya ditahan di Cheras atas kesalahan jenayah komersial dan dibawa ke Penjara Bentong.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : Sinar Harian

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Saya Bayangkan Anak Sendiri” Lans Koperal Tular Bersihkan Anak Tahanan."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*