Buat Parodi Menghasut. Dd Chronicle Mohon Maaf, Tiada Niat Hasut & Hina Keputusan Mahkamah Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan

Ketika ini banyak pihak mula tampil meluahkan pelbagai reaksi berkenaan keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan untuk membatalkan 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019. Ada yang bersetuju dan ada juga yang membantah.

Video parodi hina keputusan mahkamah?

Sebelum ini, video parodi Dd Chronicle didakwa mempersendakan keputusan mahkamah yang membatalkan 16 kesalahan syariah yang terkandung dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan baru-baru ini.

Dd Chronicle mohon maaf

Menerusi video berkenaan, pempengaruh itu dipercayai membuat parodi dengan membuka satu pandu lalu bagi orang ramai untuk memohon pengurangan hukuman dari mahkamah.

Katanya, meminum arak tidak salah di sisi undang-undang walaupun beragama Islam asalkan ia tidak menyebabkan kecederaan atau kematian mana-mana pihak.

Dd Chronicle mohon maaf

Susulan itu, Dd Chronicle atau nama sebenarnya Dediy Sulaiman Ra’e, 43, mohon maaf dan mengaku salah kerana terlepas pandang, selain tidak berhati-hati terhadap fakta walaupun ia hanya versi parodi.

Sedar dengan kesalahan yang dilakukan, Dd Chronicle bertindak memadan video berkenaan atas dasar hormat akan undang-undang.

Jelasnya, dia tidak mempynyai sebarang masalah dengan isu yang tercetus baru-baru ini, cuma meluahkan kerisauan apabila undang-undang agama ‘terkulai’ begitu sahaja.

Dd Chronicle mohon maaf

Terbuka jika kena tindakan

Tambah Dd Chronicle, dia bersikap terbuka jika menerima sebarang tindakan, namun berharap laporan dilakukan atas dasar menjaga agama dan perlembagaan, bukan kerana musuh politik.

Dia sekali lagi mohon maaf kepada orang ramai dan berjanji akan lebih berhati dalam membuat video parodi yang melibatkan isu 3R iaitu agama, kaum dan institusi diraja.

Katanya lagi, mereka yang minum arak dan berjudi masih lagi dikenakan tindakan undang-undang dan bukan seperti dinyatakannya dalam video parodi tular.

Video penuh:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : Oh Media

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Buat Parodi Menghasut. Dd Chronicle Mohon Maaf, Tiada Niat Hasut & Hina Keputusan Mahkamah Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*