Che Ta Tak Akan Keluar Rumah Tanpa Mekap

 

Sebut saja nama pelakon cantik Rozita Che Wan, pasti ramai tahu fesyen dan gaya penampilannya sering diperkatakan. Meskipun sudah berusia 50 tahun, namun pelakon itu masih kekal jelita.

Memetik mStar Online, Che Ta berkata dia tidak akan keluar rumah tanpa solekan dan ianya sudah menjadi amalan menjaga penampilan sebelum bergelar selebriti lagi.

“Saya bukan orang yang keluar rumah tanpa solekan. Saya memang jenis suka bersiap sama ada di rumah atau pun diluar.

“Sebelum jadi artis pun saya dah jaga penampilan, malah pergi ambil kad laporan anak pun saya bersiap pakai contact lens,” katanya.

Sementara itu, Che Ta menyokong tindakan suaminya, Zain Saidin mempertahankan pelakon Liyana Jasmay apabila menjadi mangsa ‘face shaming’ baru-baru ini.

“Netizen yang mengata Liyana tu pun tak cantik mana pun. Kadang-kadang tengok orang tapi tak tengok cermin.

“Kadang-kadang kita nak jadi diri sendiri atau nikmati masa bersama keluarga. Saya rasa Liyana jenis sempoi orangnya,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : rotikaya

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Che Ta Tak Akan Keluar Rumah Tanpa Mekap"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*