“Setahun Lepas Dah Rancang…” – View Chin Jawab Gosip Sudah Kahwin Dengan Mira.

Pasangan pempengaruh kontroversi, View Chin dan pekerjanya Amirah Aqilah atau lebih dikenali sebagai Mira sekali lagi mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen apabila dikatakan telah berkahwin.

Lebih menguatkan andaian netizen itu apabila kedua-dua mereka memuat naik video yang dikatakan sedang ‘honeymoon’ (berbulan madu) di China.

Bagaimanapun menerusi satu klip video yang dikongsi di laman Facebook, View Chin dan Mira ke China atas urusan kerja bukannya berbulan madu seperti didakwa

Mengakui ada perancangan mengahwini gadis berkenaan, View Chin, meminta orang ramai untuk mendoakan yang baik-baik buat mereka.

Kata View Chin, dia merancang untuk mengahwini Mira sejak tahun lalu iaitu selepas berpisah bersama bekas isterinya, Shermine Ah Moi.

“Kita sebenarnya sudah setahun lepas punya rancangan. Sebelum viral, kita sudah rancang (untuk berkahwin).

“Sama juga, saya hanya minta doa yang baik-baik sahaja,” katanya ketika ditemui mStar.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Setahun Lepas Dah Rancang…” – View Chin Jawab Gosip Sudah Kahwin Dengan Mira."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*