Mak Bekalkan Agar-agar Santan Ke Majlis Jamuan Sekolah. Murid Sorok Sebelah Tong Air! Mujur Cikgu Perasan, Terus Buka Makan Ramai-ramai

Menjadi acara tahunan di sekolah, guru akan mengadakan jamuan kelas bersama murid. Dalam jamuan ini, murid-murid akan membawa makanan masing-masing untuk menjamu selera bersama.

Namun, ada perkara yang tidak enak didengar tentang jamuan kelas apabila ada murid yang berasa terpinggir dan sedih kerana makanan yang dibawanya tidak disentuh.

Disebabkan itu, mahu menjaga hati ibu bapa yang bersusah payah memasak, si anak sanggup membuang makanan yang dibawa.

Bagaimanapun, bekas kuih tersebut tidak dibuka dan dijamah oleh mana-mana murid di dalam kelas berkenaan sehingga ke akhir majlis.

Cikgu Faizal bersama anak muridnya semasa jamuan akhir tahun pada Khamis.

Cikgu Faizal bersama anak muridnya semasa jamuan akhir tahun pada Khamis.

Baru-baru ini, tular di media sosial yang memaparkan reaksi seorang guru yang memakan hidangan yang dibawa anak muridnya dalam satu jamuan kelas.

“Tengok ni, saya jumpa kuih ni… murid saya sembunyi malu nak bawa keluar. Saya ambil, mari kita tengok apa yang best pada kuih ni.

“Penat mak dia buat tapi tak nak bagi cikgu rasa. Sedap, dahlah sejuk… cikgu suka, cikgu suka okay,” ujarnya sambil menjamah beberapa potongan kuih tersebut.

Bukan itu sahaja, dia yang dikenali sebagai Cikgu Faizal turut memanggil murid-murid lain di kelas berkenaan untuk menikmatinya bersama.

Malah dia meyakinkan anak muridnya bahawa kuih tersebut sedap dan patut dicuba oleh mereka.

“Marilah rasa, ambil satu… kena rasa,” tambahnya yang turut membawa bekas kuih berkenaan kepada setiap murid untuk dimakan.

Menerusi ruangan kapsyen, dia beranggapan murid yang membawa kuih tersebut seolah-olah malu untuk menghidangkannya kerana juadah itu tidak mewah seperti yang dibawa rakan sekelas yang lain.

“Terasa dalam lubuk hati, murid susah ke, murid senang ke, kaya dan miskin tu hanya atas dunia je. Cikgu layan sama rata je dik,” luahnya berserta emoji menangis.

Walau macam mana kuih tu saya akan review dan puji supaya murid rasa dirinya ada nilai.

CIKGU FAIZAL

Dia yang rapat dengan murid-murid sering diminta untuk membuat reviu makanan dan memuat naik ke TikTok.

“Agar-agar tu saya sedar selepas nak kemaskan meja jamuan… saya bangun dan tengok ada plastik dekat dengan tong air, di dalamnya ada kuih. Apabila ditanya semua tidak mengaku dan mungkin pemiliknya pun berasa malu.

“Lagipun budak tak berapa minat kuih tradisional ataupun mungkin dia segan sebab kawan-kawan lain bawa kek mewah dan burger,” ujarnya yang berpengalaman selama 14 tahun mengajar di sebuah sekolah di Kota Bharu, Kelantan.

Cikgu Faizal bersama salah seorang muridnya.

Cikgu Faizal bersama salah seorang muridnya.

Dalam pada itu, dia turut menyatakan pemilik kuih tersebut tidak mengaku sehinggalah jamuan makan berakhir.

Rata-rata warga maya memuji sikap Cikgu Faizal.

Rata-rata warga maya memuji sikap Cikgu Faizal.

Video perkongsiannya itu mendapat perhatian warga maya sehingga tular dan ditonton lebih 2.4 juta pelayar TikTok.

Rata-ratanya memberikan pelbagai reaksi dan meluahkan rasa sedih kerana murid tersebut enggan mengaku hasil titik peluh ibu sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Mak Bekalkan Agar-agar Santan Ke Majlis Jamuan Sekolah. Murid Sorok Sebelah Tong Air! Mujur Cikgu Perasan, Terus Buka Makan Ramai-ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*