Cikgu Buat Jamuan Akhir Tahun, Mak Ayah Gelabah Dalam Grup Whatsapp… ‘Warning’ Ibu Bapa Lain Jangan Jamu Jajan

SESI persekolahan bakal menutup tirai bagi tahun 2023/2024. Pihak sekolah bakal mengadakan jamuan kelas akhir tahun sebelum menyambut cuti.

Maka anak-anaklah yang berasa begitu teruja bawa menu ringkas untuk jamuan ke sekolah dan nikmatinya bersama rakan.

Bagi ibu yang berada, sudah pasti jenis makanan perlu dibawa mungkin tiada masalah. 

Namun terdapat rungutan daripada segelintir ibu bapa kerana kurang senang dengan menu makanan ringan atau jajan yang dihidangkan kepada anak-anak mereka.

“Jamuan akhir tahun sekolah rendah. Antara benda yang mak ayah kirim untuk meraikan anak-anak adalah jajan. Jajan ni pernah jadi isu juga.

“Ada segelintir mak ayah tak suka sungguh apabila jamuan sebegini dihidang jajan. Mereka memang haramkan anak-anak mereka makan jajan. Tapi ada ibu bapa lain pula yang bawa ke sekolah dan anak mereka makan,” kongsi Mohd Fadli Salleh di Facebook.

Makanan ringan menjadi kesukaan kanak-kanak. -Gambar FB Mohd Fadli Salleh

Tambah guru yang juga pempengaruh media sosial itu, murid-murid sudah pasti teruja sekiranya dapat menikmati jajan.

“Dapat makan jajan salah satu nikmat paling besar menjadi kanak-kanak. Deretan jajan begini bagai hidangan syurga bagi mereka. Dan benar, jajan tak elok untuk kesihatan.

“Tapi untuk anak-anak, bagilah pengecualian sehari dua dalam setahun terutama saat jamuan kelas seperti ini,” ujarnya tanpa merujuk mana-mana sekolah.

Menurutnya, peluang sebegitu hanya dirasai ketika mereka masih bergelar kanak-kanak dan semakin lama terhakis keterujaan itu apabila meningkat dewasa.

“Bagi mereka merasa nikmat menjadi kanak-kanak. Kerana bila besar nanti, makan jajan dah tak senikmat makan masa kanak-kanak.

Bagi mereka merasa nikmat menjadi kanak-kanak.

MOHD FADLI SALLEH

GURU

“Apa lagi makan curi-curi dalam semak dengan kawan, takut mak tahu. Dahlah duit beli mi segera rembat dalam seluar ayah yang tergantung.

“Ratah mentah begitu je dalam semak penuh nyamuk dan pacat. Akhir sekali isi air paip dalam tu dan hirup bergilir-gilir dengan kawan. Ahhhh, nikmatnya,” kata Mohd Fadli mengimbas zaman kanak-kanak.

Dia bagaimanapun akur, terdapat ibu bapa yang amat tegas apabila melibatkan pemakanan anak-anak.

Makanan ringan antara kenangan di zaman kanak-kanak. -Gambar hiasan/The Star

“Habis dia marah dalam grup WhatsApp warning mak ayah jangan sesekali bawa jajan untuk jamuan kelas.

“Amboi tuan puan, awak tak boleh nak sound orang macam tu. Tak boleh nak arah orang suruh ikut cara awak tu.

“Benarlah awak nak jaga anak awak agar makan makanan berkhasiat sahaja. Namun tetap tak boleh nak sound orang lain,” katanya.

Mohd Fadli menegaskan keadaan itu adalah di luar kuasa mereka dan sebagai ibu bapa, mereka seharusnya mendidik anak-anak sendiri dalam soal pemakanan.

“Kuasa awak adalah didik anak-anak agar jangan sesekali makan jajan walau siapapun yang hidangkan. Bagi anak-anak betul-betul patuh dan tak akan sentuh walau kita tiada mengawasi mereka. Begitulah sebaiknya.

“Apapun, jika tanya pada aku, aku tak syorkan anak-anak aku makan benda tak sihat. Namun sesekali memang aku benarkan.

“Mereka kanak-kanak dan jajan itu salah satu syurga bagi mereka. Aku akan benarkan mereka ‘masuk syurga’ sekali sekala,” ujarnya secara berseloroh.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Cikgu Buat Jamuan Akhir Tahun, Mak Ayah Gelabah Dalam Grup Whatsapp… ‘Warning’ Ibu Bapa Lain Jangan Jamu Jajan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*