2 pelancong lelaki berseluar dalam di lapangan terbang, netizen luah rasa nak muntah

 

DUA pelancong asing meraih perhatian ramai gara-gara tindakan mereka yang hanya berseluar dalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket, Thailand.

Malah, dua pelancong lelaki itu kelihatan yakin berjalan di lapangan terbang tanpa menghiraukan pandangan orang awam.

Foto mereka tular dalam kalangan netizen selepas dikongsi oleh seorang pengguna Facebook.

Hantaran itu dihujani lebih 500 tanda suka (likes) serta komen-komen netizen termasuklah yang berjenaka dan meluahkan rasa hendak termuntah melihat aksi mereka.

Untuk rekod, Phuket merupakan destinasi pelancongan popular di Thailand yang sering menjadi tumpuan pelancong antarabangsa.

Namun, kejadian ini menyebabkan netizen memberi cadangan agar satu garis panduan baharu diperkenalkan, sekali gus mengelakkan insiden sama berulang.

Perbuatan dua pelancong itu dianggap tidak menghormati budaya tempatan meskipun Phuket popular dengan aktiviti pantai dan laut. – Thaiger.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : mstar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "2 pelancong lelaki berseluar dalam di lapangan terbang, netizen luah rasa nak muntah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*