Boss James Mengaku Sedang Kenal Gadis Melayu, Mahu Belajar Lebih Tentang Islam.

SERONOK nama semakin dikenali, personaliti media sosial Boss James mengakui kehidupannya kini berubah sepenuhnya.

Memandangkan dirinya sudah mula dikenali ramai, Boss James atau nama sebenar James Ng, 31, berkata dia juga perlu menjaga penampilan terutamanya apabila berada di tempat awam.

“Sejujurnya daripada zero sehinggalah menjadi diri saya sekarang ini, hidup saya sudah berubah 180 darjah.

Dilihat, berkawan rapat dengan seorang wanita, tiba-tiba timbul spekulasi mengatakan personaliti media sosial Boss James bakal berkahwin tidak lama lagi.

Menafikan sedang bercinta, Boss James bagaimanapun mengakui dia kini sedang mengenali hati budi seorang gadis berbangsa Melayu.

“Izinkan saya jaga privasi ya kecuali ia ‘official’ kalau belum lebih baik saya rasa senyap dulu dan jaga dia sebab kalau semua orang tahu nanti dia susah kalau nak keluar.

“Ya betul memang saya ada mengenali hati budi seorang wanita Melayu tapi buat masa ini itu bukan fokus saya sebab lebih baik saya lebihkan lakukan content di media sosial kerana ramai anak muda perlukan saya untuk lakukan perkara baik.

“Saya bukan Muslim dan banyak lagi yang perlu saya pelajari dan doakan yang baik-baik saja untuk saya ya,” kata Boss James.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Boss James Mengaku Sedang Kenal Gadis Melayu, Mahu Belajar Lebih Tentang Islam."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*