Sarat Hamil, Shila Amzah Terima Layanan Bak ‘Princess’ Dari Ubai

 

Penyanyi is a Shila Amzah berkata dia tidak mengidam benda pelik sepanjang kehamilan keduanya itu namun mengalami alahan bersama suaminya, Ubai.

Memetik Harian Metro, Shila berkata Ubai yang terlebih dahulu mengesan dirinya hamil dan selepas disahkan hamil suaminya juga turut mengalami ‘morning sickness’.

“Sebelum dapat tahu yang saya hamil, sebenarnya Ubai juga terlebih dulu berasakannya sebelum saya lakukan ujian kehamilan.

“Selepas saya disahkan hamil pula, Ubai pun kena ‘morning sickness’ apabila dia juga rasa mual-mual sampai perlu berhenti kereta tepi jalan kerana tak boleh memandu,” katanya.

Sementara itu, Shila berkata dia tidak mengalami alahan yang teruk seperti muntah-muntah dalam masa yang sama perlu menjaga vokal dengan baik dan cuba untuk mengelakkan diri daripada kerap muntah.

“Saya perlu menjaga vokal kerana sekiranya kerap muntah adalah satu perkara yang tidak baik untuk penyanyi sebab ia boleh merosakkan pita suara.

“Jadi, saya cuba untuk menahan diri daripada muntah dengan menggunakan minyak angin atau makan makanan yang masam,” katanya.

Dalam pada itu, Shila berkata dia menerima layanan seperti princess daripada suaminya sepanjang tempoh kehamilan. Malah, Ubai turut berpesan kepadanya supaya menjaga emosi.

“Saya lebih tenang dan suami memang pesan apa saja yang boleh membuatkan saya ‘stress’ (tekanan), dia suruh saya tinggalkan semua itu.

“Sebelum ini, seperti yang semua tahu saya mengalami macam-macam dugaan dan suami pesan, sekarang kami perlu fokus untuk perkara yang lebih penting,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : rotikaya

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Sarat Hamil, Shila Amzah Terima Layanan Bak ‘Princess’ Dari Ubai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*