Satu Gempa Bumi Lemah Dikesan Berlaku Di Perairan Timur Sabah.

KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi lemah berukuran 3.6 pada skala Richter dikesan berlaku di perairan timur Sabah pada 2.11 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan memaklumkan pusat gempa itu terletak di 6.2 darjah utara dan 118.4 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer iaitu 57 kilometer timur laut dari Sandakan, Sabah.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu. 

Seorang guru, Noor Faradzilla Iswana Ommar, 30, berkata beliau dapat merasai gegaran itu lebih kurang seminit ketika berada di rumahnya di tingkat empat sebuah kuarters di tengah bandar di sini.

“Ketika itu saya sedang mengayun buaian untuk menidurkan anak, tapi tiba-tiba saya rasa seperti ada gegaran ingatkan kerana buaian, yang menyebabkan saya pening,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Di kuarters sama, sukarelawan polis, Bibi Sharmiezza Mohd Rafi Khan, 31, turut merasai gegaran itu ketika sedang mengemas rumah.

“Gegaran itu lemah sahaja tetapi menyebabkan saya rasa pening,” katanya yang tinggal di tingkat satu kuarters terbabit.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata pihaknya setakat ini belum menerima sebarang panggilan kecemasan berhubung gegaran akibat gempa bumi itu.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memberitahu pusat gempa itu terletak di 6.2 darjah utara dan 118.4 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer iaitu 57 kilometer timur laut dari Sandakan.

Sementara itu di Sandakan, penduduk yang ditemubual tidak merasakan gegaran berhubung kejadian gempa itu.

Lahad Datu dan Sandakan adalah daerah di pantai barat Sabah terletak 168 kilometer antara satu sama lain.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : Harian Metro

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Satu Gempa Bumi Lemah Dikesan Berlaku Di Perairan Timur Sabah."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*