Anak Lelaki Farid Kamil Tumbuk Rakan Sebaya.

“Bodoh! Gila lah kau ni…si4l!”

Perkataan sebegini yang keluar daripada mulut kanak-kanak tentu saja mengejutkan ramai ibu bapa apatah lagi apabila diungkapkan kanak-kanak yang masih kecil.

Golongan itu biasanya ‘belajar’ perkataan tidak elok daripada pelbagai faktor atau sumber di sekelilingnya yang mencarut, menyumpah atau mengeluarkan apa juga kata-kata negatif.

Apabila menyentuh faktor sekeliling, ia bukan sekadar berpunca daripada pengaruh golongan dewasa malah ia turut membabitkan rakan sebaya, televisyen dan Internet atau sekiranya kanak-kanak itu sendiri sudah boleh membaca.

Ramai ibu bapa atau penjaga terkejut apabila secara tiba-tiba si kecil mengeluarkan kata-kata kesat walaupun seisi keluarga sedaya upaya menjaga setiap tutur kata terutama apabila di rumah.

Namun usah sekadar tegur saja tanpa mengajar mereka perkataan yang sesuai digunakan. Ini akan membuatkan mereka keliru dan terus mengulang kesalahan yang sama.

Ini kerana kanak-kanak sangat mudah meniru, mungkin ada secara tidak sedar, ibu bapa atau penjaga sendiri yang berbual menggunakan perkataan tidak elok di depan mereka.

Jangan berterusan begitu, terangkan kepada mereka bahawa perkataan itu tidak elok dan sekiranya perlu boleh meminta maaf.

Berbincang soal ini, baru-baru ini anak sulung kepada pasangan selebriti, Diana Danielle dan Farid Kamil iaitu Muhammad, 11 dikhabarkan telah menumbuk rakan sebaya kerana mengeluarkan kata-kata kesat.

Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, berkata keadaan itu dicetuskan hanya kerana Muhammad enggan bermain dan membenarkan rakannya berkunjung ke rumah mereka.

“Anak saya menumbuk muka kawannya hari ini (semalam). Kanak-kanak itu memaki hamun anak saya kerana dia mahu datang, tetapi anak saya enggan dia datang ke rumah kami.

“Dah la nak paksa datang rumah, bila tak bagi dia maki-maki dengan sumpah seranah,” katanya menerusi perkongsian dalam platform X, semalam.

Begitupun, isteri kepada aktor dan pengarah, Farid Kamil tetap tidak menyokong tindakan Muhammad.

Namun, susulan insiden tersebut Diana yang juga ibu kepada dua cahaya mata enggan lagi membenarkan Muhammad berkawan dengan kanak-kanak berkenaan.

“Memang elok merasa sikit, biar ada adab. Bukan nak ‘back up’ anak pun, tapi padan muka.

“Akhir sekali, panggil mak suruh selesaikan tapi tak nak mengaku dia melakukan provokasi terhadap anak kita.

“Kita dah tak bagi anak kita kawan dengan dia,” ujarnya dalam ciapan berkenaan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : Murai My

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Anak Lelaki Farid Kamil Tumbuk Rakan Sebaya."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*