Tatapan Buat Kali Terakhir. Rakaman Anak Tidur Sebelah Jenazah Bapa Undang Sebak.

MOMEN tidur di atas lantai beralaskan karpet mungkin dianggap sesuatu yang biasa, namun tidak bagi lelaki ini.

Mana tidaknya, pada ketika itu turut berada di sisinya ialah sekujur tubuh kaku seorang bapa yang sudah kembali kepada Penciptanya.

“Hari terakhir tidur sama bapa. Selamat jalan pa. Aku rindu,” demikian menurut keterangan video yang dimuat naik di TikTok sehingga meraih lebih 2.4 juta tontonan setakat ini.

Berkongsi cerita, pemuda dari Brunei iaitu Khairi Kaiyauddin Mohaimin berkata, bapanya menghembuskan nafas terakhir di hospital pada lewat malam 3 Disember lalu.

Mesra disapa Kayau, dia berkata Allahyarham Mohaimin Yaakub meninggal dunia pada usia 63 tahun kerana serangan jantung dan jangkitan di bahagian kaki akibat penyakit gangrene (tisu atau sel yang mati dalam badan akibat kekurangan aliran darah dan oksigen).

“Masa tu adalah hari terakhir saya tidur bersama bapa pada malam arwah meninggal. Esok pagi baru kami sekeluarga menyempurnakan urusan pengebumian jenazah.

“Memang nak tidur di situ sebab mahu temankan arwah sebagaimana arwah pernah temankan saya tidur sejak kecil lagi,” katanya kepada.

Kayau menjaga bapanya yang sakit di hospital.

Mengimbas kembali, pemuda berusia 21 tahun memberitahu dia menjaga bapanya yang sakit sehingga ke nafasnya terakhir.

Malah, Kayau sanggup berhenti kerja sebagai pembuat minuman pada bulan lalu bagi membolehkan dia menumpukan lebih masa untuk menjaga bapanya.

Saya selalu menemani arwah tidur semasa dia sakit.

KHAIRI KAIYUDDIN MOHAIMIN

ANAK

“Saya selalu menemani arwah tidur semasa dia sakit. Dan masa tidur sebelah jenazah bapa tu memang sangat sedih.

“Tapi syukur, Allah masih beri kesempatan kepada saya untuk tidur di sebelah arwah. Saya juga berpeluang untuk memandikan, sembahyangkan dan memasukkan ayah ke dalam liang lahad,” ujarnya yang menetap di Kampung Rimba Gadong.

Kayau (tengah) bersama arwah bapa (kiri) dan ibu.

Menurut anak bongsu daripada 12 beradik itu, bapanya disifatkan sebagai seorang yang baik pekerti dan rajin bersedekah.

“Orangnya penyayang dan sangat mesra dengan anak-anak dan cucu-cucunya,” katanya sambil menambah bapanya yang mempunyai 11 cucu itu juga menghidap penyakit buah pinggang.

Antara kenangan Kayau bersama arwah bapa.

Menjelang hari-hari terakhirnya, Kayau yang kini bekerja sendiri berkata, bapanya pernah mengadu kesakitan selain sering mengingati tentang kematian.

Dalam pada itu katanya, bapanya yang merupakan pesara bomba juga sempat meninggalkan pesanan supaya menjaga hubungan baik antara adik-beradik.

ayah 4

Bilik rawatan arwah bapa di rumah kini dijadikan surau.

Jelas Kayau, pesanan terakhir itu melibatkan bilik rawatan bapanya di rumah yang merupakan tempat tidur arwah dan menempatkan mesin dialisis serta segala ubat-ubatan semasa hayatnya.

“Sebelum meninggal dunia, arwah ayah meminta supaya bilik rawatannya di rumah dijadikan sebagai surau untuk anak dan cucunya beribadat dan mengaji,” katanya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Tatapan Buat Kali Terakhir. Rakaman Anak Tidur Sebelah Jenazah Bapa Undang Sebak."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*