Positif Covid-19, Che Ta Tangguhkan Majlis Ulang Tahun Perkahwinan

Kuala Lumpur: Hasrat pelakon dan pengacara, Rozita Che Wan atau Che Ta untuk meraikan ulang tahun perkahwinan ke-10 pada 11 Disember ini terbantut selepas disahkan positif Covid-19, semalam.

Che Ta berkata, dia terpaksa menangguhkan majlis terbabit berikutan angka kes positif Covid-19 yang meningkat.

“Semua persiapan untuk raikan ulang tahun perkahwinan ke-10 sudah siap, termasuk tempahan lokasi majlis, solekan dan busana.

“Tapi malangnya, semalam ketika melakukan ujian kendiri Covid-19, keputusannya positif. Nampaknya gelombang baharu virus ini datang kembali.

“Saya pun tak mahu risikokan diri, keluarga dan tetamu untuk majlis sambutan perkahwinan ini. Jadi buat sementara waktu, kami tunda dulu majlis berkenaan. Biar semuanya baik-baik dulu,” katanya.

Ditanya mengenai keadaan terkininya, ibu kepada tiga cahaya mata itu mengaku keadaannya sedikit lemah.

“Nak tidur pun susah. Sakit kepala rasa macam nak ‘pecah otak’. Batuk juga agak teruk.

“Harap semua akan baik-baik saja selepas ini. Jadi jangan ambil mudah fasal virus ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Che Ta baru saja selesai menjalani penggambaran program masakan Cuit Cuit CheTa musim ketiga yang akan disiarkan di TV Okey tahun depan.

“Kali ini, saya mengendalikan program 30 episod bersama suami tercinta dengan kehadiran tetamu dalam kalangan artis sebagai ‘chef’ masakan.

“Selain itu, saya juga akan menjadi juri program The Mask Singer musim keempat. Saya juga akan lancar produk terbaharu ByRCW awal tahun depan,” katanya yang baru menerima anugerah dari Bumiputera Business Excellence Award 2023.

Sumber : HMetro Online

Be the first to comment on "Positif Covid-19, Che Ta Tangguhkan Majlis Ulang Tahun Perkahwinan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*