Tom Akui Suami Dan Anak-Anak Lebih Gemari Masakannya Berbanding Makan Luar

 

Meskipun sibuk dengan pertandingan Famili Duo musim ketiga (FD3), namun penyanyi Tom berkata dia tetap akan memasak juadah untuk keluarga.

Memetik Hib Glam, menerusi perkongsian di Insta Story, Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzan Raja Ikram berseloroh suaminya Fuad Rahman akan merajuk jika tidak sempat untuk masak.

 

“Tak sempat sejuk nasi suami sudah makan, hari ini sibuk ‘soundcheck’ dan latihan Famili Duo tapi masak tetap masak. Kalau tak masak, muncung Fuad sampai dekat parkir bawah,” katanya.

Dalam pada itu, Tom berkongsikan anak-anaknya berselera jika makan masakannya berbanding makan di luar serta tidak mahu membazir.

“Anak-anak pun bila Tom masak baru makan banyak, makan dekat luar asyik tak habis saja. Jadi keluarga kami memang kena masak setiap hari, tak boleh pesan makanan luar. Dengan Fuad memang kena masak,” kongsinya.

 Tom dan Fuad Rahman mendirikan rumah tangga pada 23 Februari lalu di Batam, Indonesia.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : rotikaya

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Tom Akui Suami Dan Anak-Anak Lebih Gemari Masakannya Berbanding Makan Luar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*