Mayat Wanita Ditemui Ditanam Dalam Simen Di Bilik Air

NIAT dua pekerja kontraktor untuk membaiki sebuah rumah di terbantut selepas mereka menemui mayat dipercayai wanita ditanam dalam simen di bilik air di rumah sewa di Kampung Pendamar, Klang, Selangor pada Ahad.

Difahamkan kediaman terbabit sebelum itu disewa dua lelaki warga asing sebelum mereka memaklumkan kepada pemilik rumah lelaki berusia 66 tahun ingin pindah keluar, Oktober lalu.

Memetik laporan media tempatan, menurut sumber, selepas penyewanya berpindah, pemilik rumah datang ke kediaman terbabit untuk membuat pemeriksaan sebelum penyewa baru berpindah masuk.

“Bagaimanapun lelaki warga emas terbabit menyedari terdapat tambahan simen di dalam bilik airnya sebelum bertanya kepada penyewa lamanya namun tidak mendapat maklum balas.

405371901_886966283018007_2163463684913617990_n

Mayat dipercayai wanita ditanam dalam simen di bilik air di rumah sewa di Kampung Pendamar, Klang pada Ahad. — PDRM

Sumber yang tidak didedahkan identitinya itu berkata, lelaki tersebut yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian mengupah pekerja warga asing untuk membaiki rumahnya sebelum mahu disewakan kepada orang lain.

“Ketika proses membaiki itulah mayat mangsa ditemui di dalam simen terbabit sebelum pemilik rumah tampil membuat laporan di Balai Polis Pandamaran pada Ahad.

“Polis yang menerima maklumat kemudian ke lokasi kejadian dan meminta bantuan bomba untuk memecahkan simen terbabit bagi mengeluarkan mayat,” katanya.

Susulan daripada itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan mengenai penemuan tersebut.

Menurut laporan Bernama, beliau berkata, kes berkenaan sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, rangka itu dipercayai milik wanita dan kini berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat yang dijangka selesai pada Selasa.

Menurut Hussein setakat ini, belum ada tangkapan dibuat berkaitan kes itu, namun pihaknya sedang menggiatkan usaha mengesan dua lelaki yang dipercayai ada kaitan dengan penemuan rangka berkenaan.

“Berdasarkan hasil siasatan, pemilik rumah itu yang merupakan lelaki tempatan memaklumkan kolah itu disimen sejak 2021 ketika dua warga India menetap di situ,” katanya.

Hussein berkata, selepas dua warga India itu berpindah dari rumah berkenaan, rumah terbabit kemudian disewa oleh dua individu berbeza.

Sementara itu, tinjauan dilakukan Bernama di kawasan rumah teres satu tingkat itu sekitar pukul 3.30 petang tadi, mendapati pintu pagarnya tertutup, namun pintu utama rumah berkenaan dalam keadaan terbuka.

Seorang penduduk bersebelahan rumah berkenaan berkata, dia terkejut melihat kawasan luar kediamannya dipenuhi anggota polis pada 9.30 malam semalam dan bertambah ramai dengan kehadiran anggota bomba sekitar pukul 11 malam.

“Rupanya ada mayat di rumah sebelah dan memang rumah ini pernah disewa kepada warga asing sebelum ada antara mereka pulang ke negara asal. Selepas itu rumah itu disewa kepada pasangan suami isteri warga tempatan,” katanya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : Bernama

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Mayat Wanita Ditemui Ditanam Dalam Simen Di Bilik Air"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*