“Enggan Susahkan Anak-anak.” Sudah Tiga Tahun Tiada Tawaran Lakonan, Jalil Hamid Kini Bergantung Sumbangan Ehsan Orang Ramai

HAMPIR tiga tahun tidak terlibat dengan mana-mana penggambaran, pelakon Jalil Hamid memberitahu dia kini hanya bergantung kepada bantuan orang ramai sebagai sumber pendapatan.

Kata Jalil atau Abdul Jalil Abdul Hamid, 66, bantuan tersebut bukan sahaja untuk membeli ubat-ubatan yang menelan belanja lebih RM1,000 setiap bulan, malah wang itu juga digunakan untuk perbelanjaan harian.

“Terus terang saya katakan dalam tempoh tiga tahun ini memang tiada pendapatan. Sumbangan yang diberikan orang itulah jadi lepaskan kepayahan,” katanya kepada mStar.

jalil hamid 2

Keadaan kesihatan Jalil masih belum pulih sepenuhnya.

Jalil ditemui ketika majlis Selebriti Bersama Mufti yang dianjurkan oleh pasangan selebriti Diana Rafar dan Zamarul Hisham di kediaman mereka di Shah Alam, Selangor pada Khamis.

Jalil sebelum ini pernah menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang akibat masalah jantung.

Dia yang kini masih dalam proses rawatan bagaimanapun belum mendapat keputusan sebenar penyakit yang dialami.

“Tahun lalu saya pernah jalani pembedahan dan sejak itu selalu rasa sesak nafas. Doktor kata berkemungkinan jantung saya bengkak. Namun masih belum dapat keputusan sebenar lagi.

“Dalam tempoh tiga tahun ini tahap kesihatan saya memang kurang baik. Namun sekarang beransur pulih dan ada sedikit tenaga untuk bergerak,” ujarnya.

Pelakon drama Ayahanda ini juga memberitau dia masih mahu untuk terus berlakon sekiranya tahap kesihatan mengizinkan.

Terus terang saya katakan dalam tempoh tiga tahun ini memang tiada pendapatan

JALIL HAMID

PELAKON

Ini kerana dia enggan bergantung harap kepada enam orang anaknya kerana memahami kesukaran hidup mereka di bandar.

“Saya tidak mahu susahkan anak-anak. Saya tahu betapa sukarnya untuk menjalani kehidupan sekarang ini. Sewa rumah di bandar pun agak mahal.

“Kalau ditanya tentang berlakon mestilah saya masih mahu teruskan. Sebagai seorang pelakon sukar untuk saya tinggalkan kerjaya ini.

jalil hamid 3

Jalil harap kembali sihat untuk terus berlakon.

“Mungkin sekarang ini saya direhatkan. Produksi pun tidak panggil berlakon kerana mereka tahu keadaan saya,” jelasnya.

Pada majlis berkenaan, Jalil turut menerima sumbangan daripada Lembaga Zakat Selangor selain bantuan rakan-rakan artis yang diserahkan melalui Diana dan Zamarul.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Enggan Susahkan Anak-anak.” Sudah Tiga Tahun Tiada Tawaran Lakonan, Jalil Hamid Kini Bergantung Sumbangan Ehsan Orang Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*