LONDON – Saintis menemui semula spesies mamalia yang telah lama hilang di Pergunungan Cyclops, Papua, Indonesia, lebih 60 tahun selepas kali terakhir ia direkodkan.
Echidna Attenborough’s long-beaked, dinamakan sempena aktivis alam sekitar British, David Attenborough, dirakam buat kali pertama pada hari terakhir ekspedisi empat minggu yang diketuai oleh sekumpulan saintis dari Universiti Oxford.
Ahli biologi, James Kempton menemui imej haiwan kecil itu berjalan melalui semak pada kad memori terakhir yang diambil daripada lebih 80 buah kamera jarak jauh.
“Tidak dapat digambarkan keterujaan kami, dan juga kelegaan setelah menghabiskan masa yang lama di lapangan tanpa pulangan, sehingga hari terakhir,” katanya.Echidna mempunyai nama yang sama dengan makhluk mitologi Yunani, dan disifatkan oleh pasukan saintis sebagai pemalu dan aktif pada waktu malam.“Ia tergolong dalam kumpulan monotreme, kumpulan haiwan bertelur yang dipisahkan daripada seluruh spesies mamalia kira-kira 200 juta tahun lalu,” kata Kempton.
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media
Sumber: Astro Awani
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "Spesies Mamalia Kali Terakhir Dilihat 60 Tahun Lalu, Ditemui Semula"