Individu Dakwa Bubble Bee Tak Carum KWSP, Lambat Bayar Gaji

 

Tiada angin tiada ribut, tular perkongsian seorang individu memuat naik surat terbuka di TikTok buat syarikat minuman Bubble Bee.

Menerusi surat terbuka itu, individu yang tidak dikenali identitinya mendakwa syarikat tersebut culas menjalankan tanggungjawab sebagai majikan dalam mencarum menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Dalam surat tersebut, syarikat Bubble Bee didakwa menolak bahagian gaji pekerja bagi caruman KWSP setiap bulan tetapi tiada transaksi yang berlaku pada akaun pekerja.

Dakwan individu itu lagi, sejak tahun 2021 sehingga 2022 tiada isu mengenai pembayaran KWSP namun ianya menjadi masalah apabila memasuki tahun 2023.

“Sampai bila ya tak nak bayar KWSP pekerja? Setiap bulan dalam slip gaji untuk EPF ditolak sedangkan dalam I-Akaun KWSP tiada transaksi kemasukan duit dibuat. Ke manakah duit yang hilang hasil daripada penolakan EPF di dalam setiap slip gaji pekerja tu?

“Pekerja bukan seorang dua tapi beratus. Benda ini menjadi tanda tanya semua orang yang bekerja di bawah syarikat anda. Masuk sahaja tahun 2023 tiada sebarang pembayaran KWSP dibuat. Kalau ada pun hanya satu bulan atau pun dua bulan sahaja, itu pun sekadar mengaburi mata pihak yang lain.

“Sekarang ini dah hampir ke penghujung tahun, ke manakah bayaran bulan bulan yang selebihnya itu ya? Sejak tahun 2021 sehingga 2022 tiada sebarang isu mengenai pembayaran KWSP ni tapi masuk je 2023 hal ini menjadi semakin melampaui batas,” tulis dalam surat itu.

Bukan itu saja, individu itu juga mendakwa syarikat dikatakan kerap lewat membayar gaji pekerja sehinggakan melebihi hari ketujuh minggu pertama bulan berikutnya.

Dakwa individu itu lagi, aduan sudah pun dibuat ke KWSP dan Buruh namun pihak berkenaan masih senyap seperti tiada aduan dibuat.

Malah, individu itu mendakwa setiap komen yang dibuat tentang gaji dan KWSP di media sosial akan dipadam atau disekat.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : rotikaya

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Individu Dakwa Bubble Bee Tak Carum KWSP, Lambat Bayar Gaji"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*