Suami Isteri Rakam Detik Cemas, Ular tiba-tiba Keluar Dari Dalam Bonet, Menjalar Melingkari Kereta Yang Dipandu

SEPERTI dalam filem aksi! Begitulah situasi penuh mendebarkan yang berlaku di sepanjang lebuh raya, gara-gara seekor ular sawa muncul dari bonet kereta.

Namun menerusi video yang tular di media sosial, dapat dilihat pemandu dan penumpang kereta itu kekal tenang sementara mereka meneruskan pemanduan ke balai bomba bagi mendapatkan bantuan.

ular sawa 5

Keadaan seekor ular sawa melingkar di hadapan dan tepi kereta yang dipandu Aiman.

Berkongsi cerita, Muhammad Aiman Muhammad Rushdi berkata, kejadian berlaku pada Ahad lalu ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Salak Tinggi di Sepang, Selangor selepas makan malam bersama ibu bapa mentua, di Seri Kembangan di Serdang.

Namun ketika dalam perjalanan melalui Putrajaya, dia yang mesra disapa Aiman menyedari seperti sesuatu sedang bergerak di hadapan bonet kereta yang dipandunya.

“Masa tu ingatkan ranting pokok, tiba-tiba hilang. Kemudian ia muncul balik dan ketika itu tepat-tepat naik atas bonet kereta.

“Memang terkejut apabila tengok seekor ular sawa yang keluar dari bahagian depan. Tapi saya cuba untuk bertenang kerana sedang memandu,” katanya ketika dihubungi mStar.

ular sawa 4

Ular sawa berada di tepi kereta sebaik Aiman tiba di Balai Bomba Cyberjaya.

Lelaki berusia 30 tahun itu berkata, turut sama di dalam kereta ketika kejadian adalah isterinya, Azidah Solehah Zuhelmi, 28 dan anak lelaki berusia setahun dan lapan bulan.

Jelasnya, dia memperlahankan pemanduan selepas melihat kemunculan ular ketika dalam perjalanan ke Balai Bomba Cyberjaya sambil menambah turut berselawat dan bertawakal.

Video:

@aatwilight Kejadian sebentar td. Allah sebaik2 pelindung. Alhamdulillah Kami 1 famili selamat dan ular pun selamat. Sempat sampai ke Balai Bomba Cyberjaya. Tq abam bomba semoga Allah balas dengan Syurga . Allah maha kuasa mahkluk langsung takde kuasa☝️☝️☝️#fyppppppppppppppppppppppp #fyp #fypdongggggggg #fypシ゚viral #fypシ #bombacyberjaya ♬ Epic Music – DM Production

“Mulanya saya ingat ular tu tak panjang dan mungkin anak ular. Sekali ia menjalar atas cermin kereta dan saya terkejut sebab panjang sangat. Macam dalam filem.

“Saya bertawakal, ingat Allah sebab kalau panik nanti macam-macam perkara yang tidak diingini boleh terjadi, dan mungkin membahayakan pengguna jalan raya lain,” ujar Aiman.

ular sawa 1

Anggota bomba menangkap ular sawa sepanjang 1.5 meter.

Menurut anak kelahiran Perak itu, perjalanan ke balai bomba mengambil masa kira-kira 15 minit berikutan dia memandu perlahan.

“Masa tu memang ada rasa takut sikit, terbayang kalau ular tu masuk ke dalam kereta melalui lubang-lubang yang ada. Saya sebenarnya geli dengan ular.

“Isteri pula sebaliknya, dia tak takut dan pernah pegang ular di zoo. Isteri pula memainkan peranan untuk tidak panik, jadi keadaan lebih terkawal.

“Alhamdulillah, isteri seorang yang tenang dan berani dalam menghadapi situasi-situasi yang cemas. Bukan sekadar tenang dan berani, tetapi isteri saya juga taat, sweet dan ibu yang penyayang,” katanya.

Ujar polis bantuan itu lagi, setibanya di balai bomba, anggota hanya mengambil masa kurang lima minit untuk menangkap seekor ular sawa sepanjang kira-kira 1.5 meter daripada keretanya.

Aiman (kanan) bersama salah seorang anggota bomba yang menangkap ular sawa.

Mengakui pertama kali berdepan situasi seperti itu, Aiman bagaimanapun menyifatkan ia sebagai pengalaman berharga dan kenangan yang tidak boleh dilupakan.

“Ketika situasi itu berlaku, kami betul-betul berharap dengan Allah. Kalau anda mengalami situasi macam saya, jangan panik kerana panik hanya akan memburukkan lagi keadaan seperti terbabas atau terlanggar kenderaan lain.

“Pada masa sama, kita kena fikir ular tu pun makhluk Allah, jadi seboleh-bolehnya kita cuba bantu menyelamatkan. Tapi kalau terjumpa ular dalam kereta, jangan pula terus pandu.

“Selepas kejadian itu, saya tak serik tetapi saya akan melakukan pemeriksaan pada kereta terlebih dahulu sebelum memandu,” katanya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MSTAR

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Suami Isteri Rakam Detik Cemas, Ular tiba-tiba Keluar Dari Dalam Bonet, Menjalar Melingkari Kereta Yang Dipandu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*