Anak-anak Sering Sakit, Neelofa Upah Jururawat Jaga Bilal Dan Abbas

Setelah melahirkan anak kedua pada 11 Julai baru-baru ini, selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa, mengumumkan hasratnya untuk kembali aktif dalam bidang seni.

Dalam temu bual dengan OhBulan!, Neelofa, menyatakan bahawa dia telah kembali bekerja sejak bulan September yang lalu. Namun, dia mengakui bahawa tidak mudah menguruskan kedua anaknya pada masa yang sama.

“Bermula minggu pertama September saya sudah agresif bekerja tapi sekarang musim anak-anak sakit, jadi kena duduk rumah pula jaga anak…” – Neelofa

“Saya akui menjaga dua anak lebih mencabar, saya rasa tak cukup 24 jam, saya perlukan lebih jam. Cuma sekarang alhamdullillah saya ada jururawat malam yang datang untuk bantu si kecil supaya saya dapat tidur yang cukup…” – Katanya

“Bulan pertama saya jaga anak sendiri walaupun ada ‘maid’. Tapi selepas sebulan saya rasa tak boleh, jadi saya minta pada suami untuk ada jururawat malam…” – Katanya lagi

Untuk pengetahuan, Neelofa telah berkahwin dengan pendakwah terkenal, Haris Ismail, yang mesra disapa sebagai PU Riz pada 27 Mac 2021.

Pasangan itu telah diberkati dengan kedua anak mereka, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022, dan Abdullah Abbas pada 11 Julai yang lalu.

 

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber: Instagram, Oh Bulan

 

Be the first to comment on "Anak-anak Sering Sakit, Neelofa Upah Jururawat Jaga Bilal Dan Abbas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*