Renungan Sebelum ‘pergi’ Jadi Kenangan Isteri, Kematian Badrul Muhayat Disebabkan Serangan Jantung

Biarpun mahligai dibina bersama Allahyarham Badrul Muhayat, 55, hanya enam bulan, namun tempoh itu disifatkan satu pinjaman paling berharga dan tiada tolok gantinya buat isterinya, Norhayati Zulkapli, 50.

“Saya terasa sangat kehilangan suami tercinta. Saya baru mengenali dia dalam masa 10 bulan dan mendirikan rumah tangga enam bulan. Terlalu singkat Allah pinjamkan dia pada saya.

“Dia merupakan suami yang baik… tak pernah marah saya dan selalu nak gembirakan saya,” katanya.

“Bagi saya, arwah adalah insan paling terbaik yang dipinjamkan Allah kepada saya dan tiada tolok gantinya.

“Semasa melihat jenazahnya, saya juga tahu arwah seorang yang baik kerana tidak lekang dengan senyuman, seolah-olah sedang tidur,” katanya ketika ditemui di luar Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini, hari ini.

11111

Badul dan Norhayati bernikah pada 18 April lalu.

Norhayati berkongsi perkara itu semasa ditemui di Masjid Al Hidayah Sentul pada pagi Ahad.

Menurut Norhayati, pada saat akhir suaminya dia sempat meminta melakukan urusan bank malah sering menatap wajahnya.

Katanya lagi, arwah juga sering bertanya mengenai perasaan sayangnya kepada dia.

“Malam macam biasa dia tak menunjukkan apa-apa pun. Bila pagi kira-kira 7.30 pagi, dia ada suruh saya buat urusan bank. Masa itu dia tak bangun sekadar duduk sebelum cakap nak tidur semula.

“Kali kedua saya kejut dia pada pukul 10.50 pagi untuk keluar makan tapi tak ada tindak balas.

“Saya goncang-goncang badan dia pun diam sahaja, saya angkat tangan dia pun dah terkulai. Dahi dia pun dah sejuk… cuma dada agak panas sikit.

“Saya panik terus jerit rakan-rakan yang dalam homestay sebelum hubungi ambulans,” katanya lagi.

Norhayati memaklumkan kematian aktor berusia 55 tahun itu sebagai serangan jantung mengikut keputusan bedah siasat.

 

Terima kasih kepada Allah kerana pertemukan kami walaupun dalam waktu yang singkat.

NORHAYATI ZULKAPLI

ISTERI BADRUL MUHAYAT

Jelasnya arwah tidak mengalami sakit yang kronik melainkan diabetes namun penyakit itu semakin stabil.

“Dia ada kencing manis sejak tiga atau empat tahun lepas. Memang dia kurus waktu itu tapi bila dia dengan saya arwah sudah tak ambil gula dan penyakitnya stabil.

“Waktu itu dia kurus nampak macam berusia tapi sekarang dengan saya dia berisi semula… dia gembira dengan saya.

“Tapi saya reda dengan semua yang berlaku dan berterima kasih kepada Allah kerana pertemukan kami walaupun dalam waktu yang singkat,” ujarnya.

bad

Badrul meninggal dunia di dalam tidur.

Sebelum ini ketika ditemu bual mStar, Badrul merancang untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan bersama isteri secara kecil-kecilan pada Disember ini.

Untuk rekod pasangan ini melangsungkan pernikahan pada 18 April lalu.

Tarikah pernikahan itu dipilih sempena memperingati ulang tahun kelahiran arwah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : Mstar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Renungan Sebelum ‘pergi’ Jadi Kenangan Isteri, Kematian Badrul Muhayat Disebabkan Serangan Jantung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*