Elon Musk Bantu Palestin Sambungkan Semula Talian Internet Terputus Di Gaza

SAN FRANCISCO: Jutawan Elon Musk, menawarkan perkhidmatan satelit Starlink untuk menyambung Internet Gaza, Palestin yang terputus hubungan dengan dunia luar akibat konflik Hamas-Israel.

Musk berkata, Starlink SpaceX akan menyokong hubungan komunikasi di Gaza untuk organisasi bantuan yang diiktiraf antarabangsa.

“Tiada terminal untuk sambungan komunikasi di Gaza.

“Starlink akan memberi sokongan kepada sambungan komunikasi kepada agensi bantuan di Gaza,” katanya menerusi platform X, semalam.

Sementara itu, Menteri Komunikasi Israel, Shlomo Karhi berkata, Israel akan menggunakan apa saja cara bagi menentang keputusan Musk itu.

“Hamas akan menggunakannya untuk aktiviti pengganas.

“Musk sepatutnya menyalurkan sokongan dan bantuan untuk pembebasan bayi, anak-anak dan warga emas yang diculik.

“Pejabat saya akan memutuskan sebarang hubungan dengan Starlink,” katanya. -REUTERS

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : TV3

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Elon Musk Bantu Palestin Sambungkan Semula Talian Internet Terputus Di Gaza"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*