“Sayu” Suami ‘Pergi’ Selepas Lima Bulan Melayari Alam Rumah Tangga

Kuala Nerus: “Jika ikutkan saya dan arwah suami, Muhammad Syazwan Che Wahid, 25, bersama ahli keluarga akan bercuti di Kuala Lumpur Isnin depan dan tiket penerbangan sudah beli.

“Arwah individu paling tidak sabar menunggu saat itu kerana kali pertama menaiki kapal terbang, namun tidak kesampaian,” kata Nurul Hazwani Athirah Che Ross, 23, balu kepada Muhammad Syazwan yang meninggal dunia akibat leukemia, 11 Oktober lalu.

Lebih memilukan, Nurul Hazwani Athirah hanya sempat mengecapi alam rumah tangga selama lima bulan sebelum suaminya pergi selama-lamanya.

Menurutnya, sepanjang lima bulan hidup bersama, arwah suami juga tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara, malah paling lama sakit hanya seminggu.

“Bagaimanapun, tiga hari sebelum arwah meninggal dia mengalami sakit kepala yang teruk sebelum menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

“Saya reda dengan pemergian arwah, cuma saya tidak sangka secepat ini arwah pergi ‘tinggalkan’ saya selepas lima bulan melayari hidup bersama,” katanya di sini hari ini.

FARIHAH menyampaikan faedah Perkeso kepada Nurul Hazwani Athirah . FOTO Faizul Azlan Razak
FARIHAH menyampaikan faedah Perkeso kepada Nurul Hazwani Athirah . FOTO Faizul Azlan Razak

Terdahulu, Nurul Hazwani Athirah menerima kunjungan Skuad Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Prihatin Terengganu diketuai Pengarahnya, Farihah Che Husin menyerahkan faedah pampasan dan kotak prihatin di Kampung Balai Maras, Mengabang Telipot, di sini.

Nurul Hazwani Athirah berkata, dia tidak bekerja dan pampasan yang diterimanya itu sedikit sebanyak meringankan beban untuk perbelanjaan selepas ini.

Sementara itu, Farihah berkata hasil siasatan dan semakan Skuad Perkeso Prihatin mendapati arwah adalah pencarum aktif yang bekerja sebagai mekanik di sebuah syarikat kenderaan di Durian Burung, Kuala Terengganu.

Menurutnya, pihaknya mendapati waris layak menerima faedah Pencen Penakat Perkeso kerana memenuhi syarat utama tuntutan.

“Arwah yang baru berumahtangga pada April lalu meninggalkan balu (Nurul Hazwani Athirah) dan belum mempunyai cahaya mata.

“Justeru, balu layak menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 dan akan turut menerima bayaran pencen secara bulanan untuk seumur hidup,” katanya.

Dalam pada itu, Farihah berkata pihaknya membuat bayaran sebanyak 4,339 kes tuntutan faedah dengan keseluruhan pampasan di bayar berjumlah RM13.6 juta, setakat Januari sehingga September lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber: Harian Metro 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Sayu” Suami ‘Pergi’ Selepas Lima Bulan Melayari Alam Rumah Tangga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*