Fenomena Langit bertukar hijau Berlaku Di malaysia. Ini 2 Teori Bagaimana Ia Berlaku

Memang tidak dinafikan pelbagai fenomena pelik dan menarik pernah terjadi di muka bumi ini.

Seperti di kawasan Antartika, satu fenomena cahaya terang iaitu aurora sering diperkatakan oleh orang ramai kerana pemandanganya yang cukup cantik.

Walaupun begitu, situasi seperti itu kelihatan jarang berlaku di Malaysia.

Langit Di Sungai Besar, Selangor Bertukar Warna Hijau Cerah

Namun semalam (24 Oktober), penduduk Sungai Besar, Selangor, dikejutkan dengan pemandangan yang aneh apabila langit pada waktu malam bertukar menjadi warna hijau cerah.

Pemandangan langit itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook (Man Toya) menerusi ‘group’ I LOVE SUNGAI BESAR sekitar jam 8.30 malam.

Menurut penduduk setempat, kejadian itu berlaku buat sementara waktu sahaja.

Seorang warganet berkata ia kelihatan seperti langit yang sedang bergerak. Ada juga yang berpendapat bahawa kelihatan seperti fenomena aurora.

Netizen Kongsi Teori Mengapa Langit Bertukar Hijau

Musykil tentang apa yang berlaku, segelintir netizen berkata ia merupakan lampu hijau yang digunakan oleh bot nelayan di sekitar laut berhampiran untuk menangkap sotong.

Namun, seorang individu berasa teori tersebut adalah mustahil kerana dia juga telah melihat langit berwarna hijau di jalan raya dan bukannya sekitar laut.

Dia dalam masa sama mendakwa bahawa langit di kawasan laut yang bertempat sekitar belakang rumahnya tidak bertukar warna hijau.

Kemungkinan kedua yang boleh dijelaskan melalui sains adalah apabila ribut serta awan petir menghasilkan ais atau hujan batu sehingga menyebabkan pantulan cahaya di langit.

Oleh sebab itu, kemunculan awan di langit boleh dilihat dalam warna yang berbeza.

Memandangkan hujan lebat berlaku sejak beberapa hari lalu, teori kedua yang dijelaskan juga kedengaran masuk akal.

Tanpa membuang masa, seorang pengguna Facebook telah memberikan pandangannya terhadap peristiwa yang jarang berlaku itu.

Seorang netizen berkata bahawa watak Green Lantern daripada Komik DC telah tiba di Malaysia.

Tidak terhenti di situ sahaja, seorang lagi individu telah berjenaka dengan mengatakan makhluk asing akhirnya bosan untuk melawat negara Barat dan memutuskan untuk datang ke Malaysia.

Selepas ini, rakyat Malaysia tidak perlulah bersusah payah pergi ke Iceland untuk menyaksikan aurora jika fenomena langit hijau tersebut kerap berlaku.

Penduduk diingatkan supaya tidak panik berikutan fenomena aneh iaitu langit bertukar berwarna hijau, malam tadi.

menurut Pakar Governan Persekitaran Jabatan Kesihatan Persekitaran Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Haliza Abdul Rahman berkata, kejadian tersebut berlaku berpunca daripada lampu bot pukat cerut yang digunakan bagi menangkap ikan dan sotong.

Haliza berkata, lampu hijau yang terpancar di langit itu secara tidak langsung menandakan musim menangkap ikan dan sotong sudah tiba.

“Musim Monsun Timur Laut adalah musim menangkap ikan dan sotong, justeru ramai nelayan memasang lampu hijau bagi menarik perhatian hidupan laut tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.                  

Tambah Haliza, lampu hijau pada bot berfungsi untuk dipancarkan ke dasar laut, namun, keadaan itu mungkin menyebabkan pantulan cahaya menjadikan langit berwarna hijau.

Hal itu katanya, dikategorikan sebagai sesuatu yang biasa dan bukannya fenomena luar biasa.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : TRP post, Kosmo

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Fenomena Langit bertukar hijau Berlaku Di malaysia. Ini 2 Teori Bagaimana Ia Berlaku"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*