Suami Meninggal Dunia Sebulan Sebelum Bayi Lahir, Isteri Baru Sedar Arwah Ada Beri ‘Petanda’

BUKAN hanya hilang tempat bergantung, pemergian suami saat diri sedang sarat hamil benar-benar membuatkan wanita ini hampir terduduk.

Itulah ujian yang perlu dilalui oleh Asniah Abdul Halim selepas suaminya, Mohd Syukri Daudi, 31, meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas diserang penyakit cacar, pada 16 Oktober lalu.

Asniah atau lebih dikenali dengan nama Yoona yang kini sedang sarat hamil dan dijangka bersalin pada awal November depan, tidak keberatan berkongsi rentetan sebelum suaminya menghembuskan nafas terakhir.

“Arwah suami saya bekerja sebagai ‘welder’ dan turun ke laut juga. Pada awalnya, dia terkena duri ikan tapi tak berbisa… namun suami demam dan beberapa anggota tubuh pada bahagian kanan membengkak.

“Pergi hospital kali pertama namun dibenarkan pulang kerana keadaannya dikhabarkan tak serius. Namun keesokannya, keadaan suami teruk malah alami kencing berdarah.

yoona 1

Asniah dan suaminya kerap muncul bersama di siaran langsung TikTok.

“Bawa ke hospital yang berbeza, doktor beritahu ada jangkitan kuman. Suami ditahan di wad selama 21 hari,” ujar wanita berusia 29 tahun ini.

Tambah Asniah yang menetap di Kudat, Sabah, keadaan suaminya beransur pulih selepas menerima rawatan malah rajin membantunya membuat siaran langsung (live) di TikTok menjual baju bundle kerana mahu mencari rezeki lebih bagi menyambut kelahiran bayi mereka.

Bagaimanapun minggu lalu, suaminya sekali lagi diserang demam namun kali ini disertai dengan bintik-bintik halus di bahagian dada.

“Dalam keadaan demam, dia masih sempat packing, pos barang customer. Tiga hari kemudian, bintik-bintik cacar air makin merebak. Suami dibawa ke hospital terdekat dan doktor beritahu paras oksigennya menurun.

“Suami bagaimanapun minta dipindahkan ke hospital di Sandakan kerana adik-beradiknya ramai berada di sana.

“Dalam perjalanan, dia pengsan. Apabila sampai hospital, keadaannya dah 50-50 di mana organnya banyak dah dijangkiti kuman. Beberapa jam kemudian, doktor beritahu mereka dah buat yang terbaik namun suami tak dapat diselamatkan,” ceritanya.

Arwah suaminya begitu menyayangi anak tunggal perempuannya biarpun merupakan anak tiri.

Hampir seminggu pemergian suaminya, Asniah berkata dia kini sedang cuba membina kekuatan lebih-lebih lagi mengenangkan bayi di dalam kandungan yang tidak sempat menatap wajah bapanya.

“Saya sebenarnya tak kuat… yang buat saya kuat untuk bangkit, adalah keluarga suami saya. Mereka sangat supportive. Ada hikmah arwah suami minta dia dibawa ke sini sebelum meninggal dunia.

“Kini saya masih berada di rumah adik-beradik ipar dan akan bersalin di sini. Tak boleh bayangkan kalau saya di Kudat, pasti berseorangan.

Saya sebenarnya tak kuat… yang buat saya kuat untuk bangkit, adalah keluarga suami saya.

ASNIAH ABDUL HALIM

“Apabila ingat kembali, arwah rupanya pernah bagi hint dia akan ‘pergi’. Antaranya, dia pesan supaya saya jadi wanita berdikari dan dia mahu anak kami dilahirkan di Sandakan. Allah dah susun cantik-cantik,” ujarnya yang mempunyai seorang anak perempuan berusia tujuh tahun hasil perkahwinan terdahulu.

Video:

@yoonachiee94 😭 Allahuakbar terlalu cpt Engkau ambik dia dri ku😭aku belum sedia lagi kehilangan dia😭#surirumahsepenuhmasa #perjuanganhidup #isterimengandung #kiniakusendiri #fypシ #kitaupsamasama✌️ ♬ Kasam Se Kasam Se – Subhi Roy

Asniah berkata, dia merancang untuk meneruskan jualan pakaian bundle di TikTok selepas bersalin bagi menyara keluarga.

Sumber: Mstar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Suami Meninggal Dunia Sebulan Sebelum Bayi Lahir, Isteri Baru Sedar Arwah Ada Beri ‘Petanda’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*