Aeril Zafrel Jual Lamboghini Kesayangan, Derma Sebahagian Buat Palestin

Pelakon terkenal, Aeril Zafrel memaklumkan yang sportcar jenis Lamboghini miliknya telah pun dijual selepas setahun digunakan.

Jarang guna sebab tu nak jual

Menerusi perkongsian di Insta Story, pemilik nama sebenar  Suhairil Sunari itu mengucapkan selamat tinggal kepada Lamborghini Aventador miliknya dengan mengatakan bahawa kenderaan tersebut jarang digunakannya.

Jadi, sebahagian daripada hasil dari jualan kereta tersebut akan disumbangkan kepada penduduk Palestin bagi membantu mereka yang dalam kesusahan.

“Goodbye Lambo. Jarang sangat guna kereta ni. Jual jela. InsyaAllah, sebahagian hasil ni kita derma dekat Palestin,” tulisnya.

Aeril Zafrel

Aeril Zafrel derma sebahagian ke Palestin

Dalam pada itu, suami kepada Wawa Zainal ini juga turut menyertakan sekali resit transaksi sumbangan yang diberikan ke akaun Persatuan Cinta Gaza dengan jumlah yang dirahsiakan.

Aeril Zafrel

Aeril Zafrel ajak sama2 beri bantuan

Memetik laporan dari Kosmo! pelakon itu juga telah menyeru orang ramai untuk sama-sama membantu saudara-saudara kita di Palestin berikutan konflik yang sedang berlaku.

Difahamkan, kereta terbabit adalah hadiah daripada isterinya di atas usaha yang mereka lakukan bersama-sama sekitar enam tahun dalam membangunkan perniagaan.

Aeril Zafrel

Walau bagaimanapun, selepas sebulan memandu sportcar terbabit, Aeril bercadang mahu menjual kereta tersebut dengan alasan impiannya untuk memandu kenderaan berkenaan sudahpun terlaksana.

Wawa juga memberikan lampu hijau untuknya menjual Lamboghini itu selain tidak berkecil hati dengan tindakan tersebut.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber: Kosmo! (Hanisah Selamat)

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Aeril Zafrel Jual Lamboghini Kesayangan, Derma Sebahagian Buat Palestin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*