Idea Bapa Ni Pilih Sut Angkawan ‘Terapung’ Memang Kreatif! “Wow Luar Kotak, Terbaik Parents”

Lain dari yang lain! Itulah yang boleh diperkatakan mengenai tema pakaian yang dipilih untuk diketengahkan seorang kanak-kanak ketika sambutan Hari Merdeka di sekolahnya baru-baru ini.

Lain dari kebiasaan, anak kecil ini memilih sut Angkawasan yang dihasilkan sendiri oleh ayahnya. Bukan biasa-biasa bahkan sut yang kelihatan seolah-olah terapung ini disiapkan sendiri oleh ayahnya.

Melalui perkongsian satu akaun Tik Tok, @iwan.jay, gaya anak kecil ini ternyata cukup hebat malah menerima pujian ramai.

“Orang lain semua princess-princess baju merdekanya.

“Tapi untuk kakak kita buat lain sikit. Tapi penat jugaklah nak buatnya. Haha,” tulisnya dikapsyen.

Tidak hanya memperlihatkan gaya anak kecil itu ketika beraksi di sekolah, bahkan langkah demi langkah ketika membuat sut hebat itu turut dikongsikan menerusi video yang sama.

Memang gigih namun hasilnya cukup luar biasa malah lain dari yang lain. Sut angkawasan yang dibuat seolah-olah terapung di angkasa lepas ini membolehkan ia terlihat cukup unik.

Jom intai video perkongsiannya di Tik Tok.

@iwan.jay

Orang lain semua princess2 baju merdekanya. Tp untuk kakak kita buat lain sikit. Tp penat jugakla nak buatnya. Haha

♬ Kita Punya Malaysia – Bunkface

Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata hasil usaha luar biasa dari bapa ini turut mendapat pujian ramai malah memuji hasil kreatifnya yang cukup hebat.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber: Keluarga

 

Be the first to comment on "Idea Bapa Ni Pilih Sut Angkawan ‘Terapung’ Memang Kreatif! “Wow Luar Kotak, Terbaik Parents”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*